International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) http://journal.umk.edu.my/index.php/teniat
International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) ISSN: 2289-4527 (Print); 2716-6430 (Online) is a peer reviewed open access journal published by Universiti Malaysia Kelantan. Since 2013, it has been providing a platform for the dissemination of original research with high quality ideas in the fields of Creative Technology and Heritage Studies, locally and internationally.

TENIAT aims to present the scientific research and relevant methods within a scope of Creative Technology and Heritage Studies as well as in other related cross-disciplinary research from Malaysia and overseas. It stimulates and promotes local and global academic exchange among scholars and practitioners.

TENIAT publishes two issues per year (bi-annual) – in March and September.

It has distinguished and renowned local as well as international fellow of academic scholars and practitioners in its Editorial Board. It publishes articles written in either Malay or English languages.

SettingsCall for Papers International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) (ISSN 2289-4527) Vol. 12 Issues No.2 - September 2024
Penerbit UMK Press en-US International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) 2716-6430 FORMAL ANALYSIS OF VISUAL CHARACTERISTIC ON MURAL ARTS AT KEDAI MULONG OLD MOSQUE, KELANTAN http://journal.umk.edu.my/index.php/teniat/article/view/1026
Abstract

A mural is a two-dimensional visual art form that has long been utilized as a decorative element in many buildings worldwide. However, the use of mural art as a decorative element in traditional Malay architecture is seldom encountered, unlike the three-dimensional carving arts or seni ukiran. The discovery of murals at Kedai Mulong Old Mosque (KMOM) during conservation works in 2009 has laid the foundation for new knowledge regarding the utilization of mural art as a decorative element in traditional Malay architecture. KMOM was initially constructed in the mid-19th century as a Balairong Seri (Royal Assembly Hall) before being converted into a mosque by Kedai Mulong's community in 1958. Originally part of a royal complex, the mural arts in KMOM exhibit the finesse and richness of interior decorative elements, contributing significantly to the study of Malay cultural art and architecture. This article aims to discuss the visual features of mural design found in KMOM as a crucial basis for understanding the mural designs used in traditional Malay architecture, especially in the East Coast Region of Malaysia. The study employs a qualitative approach with two phases of implementation: documentation in the first phase and visual analysis for the second phase. The formal method of visual analysis has been applied to analyse the visual characteristics of murals, focusing on two main aspects: the elements and principles of design. The study reveals that the visual elements on the mural include colour, shape, lines, and motifs, while the principles encompass balance, prominence, pattern, and unification.

Abstrak

Mural merupakan seni visual dua dimensi yang banyak digunakan sebagai elemen hiasan di dalam bangunan lama di seluruh dunia. Namun begitu penggunaan elemen mural sebagai ragam hias di dalam dunia seni bina Melayu adalah sesuatu yang jarang ditemui, tidak seperti seni ukiran tiga dimensi yang telah digunakan dengan meluas. Justeru, penemuan mural di Masjid Lama Kedai Mulong (KMOM) semasa kerja-kerja pemuliharaan pada tahun 2009 telah meletakkan asas pengetahuan baharu tentang penggunaan seni mural sebagai elemen hiasan dalam seni bina tradisional Melayu. KMOM telah dibina pada pertengahan abad ke-19 sebagai Balai Rongseri (dewan perhimpunan diraja) sebelum ditukar oleh masyarakat Kedai Mulong menjadi masjid pada tahun 1958. Sebagai sebahagian daripada kompleks diraja yang asal, seni mural di KMOM telah mempamerkan kehalusan dan kekayaan elemen hiasan dalaman yang penting kepada kajian seni bina dan seni budaya Melayu. Artikel ini bertujuan membincangkan ciri-ciri visual rekaan mural yang terdapat pada KMOM sebagai asas penting di dalam memahami rekaan mural yang telah digunakan di dalam seni bina Melayu tradisional khususnya di wilayah Pantai Timur Malaysia. Kajian menggunapakai pendekatan kualitatif dengan dua fasa pelaksanaan iaitu pendokumentasian di fasa pertama dan analisis visual bagi fasa ke dua. Kaedah formal visual analisis telah digunakan di dalam membuat analisis ciri-ciri visual mural dengan melihat kepada dua aspek utama iaitu elemen dan prinsip rekaan. Kajian mendapati elemen visual pada mural adalah terdiri dari elemen warna, bentuk, garisan dan motif, sementara bagi prinsipal pula adalah keseimbangan, penonjolan, corak dan penyatuan.
Sahrudin Mohamed Som Copyright (c) 2024 International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-03-31 2024-03-31 12 1 1 12 10.47252/teniat.v12i1.1026 DIKIR LABA: BENTUK PERSEMBAHAN TRADISIONAL DI TUMPAT, KELANTAN http://journal.umk.edu.my/index.php/teniat/article/view/1047
Abstrak

Dikir Laba merupakan satu bentuk hiburan yang lahir daripada kearifan masyarakat tempatan dan merupakan salah satu seni persembahan tradisional yang masih wujud di Negeri Kelantan. Persembahan ini banyak dipersembahkan terutamanya di majlis perkahwinan, maulud dan majlis keagamaan. Pada awal abad ke-20, persembahan Dikir Laba merupakan hiburan yang sangat diminati dalam kalangan masyarakat di Kelantan. Kini, Dikir Laba merupakan satu warisan seni tempatan yang sudah jarang diketahui dan didengari oleh generasi muda. Penyelidikan ini akan mengupas mengenai bentuk persembahan Dikir Laba yang masih wujud di kawasan Tumpat Kelantan khususnya di kampung Morak dan Kampung Periuk. Hasil data penyelidikan yang diperoleh diambil menggunakan kaedah tinjauan, pemerhatian dan temu bual responden. Tinjauan dilakukan untuk mengetahui isu dan permasalahan yang berkaitan dengan penyelidikan, manakala pemerhatian digunakan untuk melihat sejauh mana bentuk seni persembahan Dikir Laba masih diamalkan oleh kedua-dua buah kumpulan. Kaedah temu bual yang dijalankan melibatkan empat orang responden termasuk tokoh Dikir Laba yang masih aktif bergiat. Penyelidikan mendapati bahawa bentuk persembahan Dikir Laba berdasarkan nyanyian dan tarian berkumpulan masih dikekalkan. Keistimewaan bentuk persembahan Dikir Laba ini akan diperjelaskan dengan lebih terperinci dalam artikel ini.

Abstract
Dikir Laba is a form of entertainment that emerged from the wisdom of the local community. It It is one of the traditional performing arts that still exist in Kelantan. This artform is widely performed, especially at weddings, mauluds, and other religious ceremonies. In the early 20th century, Dikir Laba was popular among the communities in Kelantan. Today, Dikir Laba has become local heritage that is rarely known and heard by the younger generation. This research will discuss the form of Dikir Laba presentation that still exists in the Tumpat area of Kelantan, especially in Kampung Morak and Kampung Periuk. This study was conducted to discuss the performance of Dikir Laba in Tumpat Kelantan. The results of the research are obtained using the methods of surveys, observations and interviews with respondents. A survey was conducted to find out the issues and problems related to the research, while observation method was used to study the extent in which the Dikir Laba performance is maintained by both groups. The interview method involved four respondents, including Dikir Laba experts who are still active. This research has found that the performance form of Dikir Laba is still based on singing and group dance. The uniqueness of Dikir Laba's performance will be explained in more detail in this article.
NUR AZMINA ABU BAKAR Copyright (c) 2024 International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-03-31 2024-03-31 12 1 13 29 10.47252/teniat.v12i1.1047 VISUAL ILUSTRASI DAN FOTOGRAFI TERHADAP KULIT BUKU CINA PERANAKAN DI MALAYSIA http://journal.umk.edu.my/index.php/teniat/article/view/1049
Visual ilustrasi dan fotografi menjadi fokus utama dalam dunia penerbitan sesebuah naskhah. Kedua-dua elemen merupakan elemen terpenting yang digunakan oleh pereka grafik terhadap rekaan kulit buku. Secara umumnya, persepsi awal pertama pembaca bermula dari rekaan kulit buku yang menarik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan elemen visual ilustrasi dan fotografi pada kulit buku Cina Peranakan berdasarkan analisis Semiotik Stokes (2003) dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi minat golongan belia terhadap kulit buku Cina Peranakan. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif yang melibatkan beberapa instrumen kajian seperti kaedah analisis dokumen, soal selidik serta kaedah kepustakaan. Kaedah persampelan bertujuan turut digunakan dalam kajian ini yang lebih tertumpu terhadap ciri-ciri yang sesuai dengan fokus kajian misalnya golongan belia. Soal selidik diedarkan kepada 30 responden yang dipilih dalam kalangan belia lingkungan usia 18 sehingga 30 tahun. Dapatan kajian telah menunjukkan pengkaji memfokuskan terhadap tiga elemen semiotik iaitu bentuk, warna dan gambar. Hasilnya, gabungan visual ilustrasi dan fotografi dapat membuktikan bahawa kedua-dua visual ini mempengaruhi terhadap pemilihan golongan belia pada rekaan kulit buku.

The initial perception of readers towards a book begins with the attractive design of its cover. Therefore, this study aims to elucidate the visual elements of illustration and photography on the cover of the Peranakan Chinese book based on the Semiotic analysis of Stokes (2003). This study applies a qualitative method involving research instruments such as document analysis and literature review. The findings of the study have shown that all three selected books, namely "Cina Peranakan Tirok Terengganu," "Cina Peranakan Kelantan: Menerusi Lensa Sosiologi," and "Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu," apply Semiotic analysis of Stokes (2003) by considering the elements of form, color, and image. Furthermore, this study also aims to enhance readers' understanding of Peranakan Chinese culture in order to preserve and elevate this culture to a higher level.

Mohamad Suhaizi Suhaimi NurDamia Qistina Mohd Azmi Copyright (c) 2024 International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-03-31 2024-03-31 12 1 30 46 10.47252/teniat.v12i1.1049 THE MOMENTOUS OF AUDIENCE PARTICIPATION IN CONTEMPORARY ART http://journal.umk.edu.my/index.php/teniat/article/view/1102
ABSTRACT

Artists' search for alienating and interactive venues to exhibit their work coincided with the growth of contemporary art in the latter half of the 1950s. The viewers of participatory art will no longer be passive; rather, they will be the ones who complete the artwork's purpose or test the limits of physical experience. The precise contexts of creations and responses required funding in order to fund the concept of "participation." However, it opens up new ways in which works that don't work in this style or ethical quandaries are deliberately left unsolved defeating the artwork's purpose. Thus, this paper will drive more profound to analyze three interactive artworks by Malaysian artists on the significance of audience participation from the year 2014 to 2019. Feldman’s theory of art criticism which has been used in analyzing interactive artworks is only unraveling from the context aspect of the artworks. However, strengthened by the theory of new media art by Marshall McLuhan and Lev Manovich, analysis has become more accurate in the use of element data, navigable space, automation, transcoding, etc. Hopefully, this research will aid and serve as a new knowledge and reference point for future generations.

ABSTRAK
Artis mencari tempat pameran yang asing dan interaktif untuk mempamerkan karya mereka selari
dengan pertumbuhan seni kontemporari pada tahun 1950-an. Penonton seni yang bersifat partisipatif tidak lagi menjadi penonton pasif; sebaliknya mereka yang akan menyelesaikan tujuan karya seni atau menguji batas pengalaman fisik. Konteks yang tepat dari penciptaan dan tanggapan
memerlukan pembiayaan untuk mendukung konsep "partisipasi". Namun, hal ini membuka peluang baru yang mana karya tidak berfungsi dalam gaya ini atau dilema etika sengaja dibiarkan tanpa penyelesaian, melebihi tujuan karya seni tersebut. Oleh karena itu, kajian ini akan melakukan analisis terhadap tiga karya seni interaktif oleh seniman Malaysia tentang signifikansi partisipasi penonton dari tahun 2014 hingga 2019. Teori kritik seni Feldman, yang telah digunakan dalam menganalisis karya seni interaktif hanya terungkap dari aspek konteks karya seni. Namun, diperkuat oleh teori seni media baru oleh Marshall McLuhan dan Lev Manovich. Analisis menjadi lebih tepat dalam menggunakan data elemen, ruang yang dapat dinavigasi, otomatisasi, transcoding, dan lain-lain lagi. Impak penelitian ini dapat membantu dan menjadi titik pengetahuan dan referensi baru untuk generasi mendatang.
AZHARUDIN BIN MAPPON MOHD HEIDHIR HAMDAN Copyright (c) 2024 International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-03-31 2024-03-31 12 1 47 61 10.47252/teniat.v12i1.1102 STUDY CONCEPT OCCUPATIONAL COMPETENCE OF VOCATIONAL STUDENTS BY CITESPACE http://journal.umk.edu.my/index.php/teniat/article/view/1131
In this paper, Citespace software tool was selected to comb and visualize 623 documents related to concept occupational competence of vocational students on Scopus during 1979-2023. Through the knowledge mapping analysis, it was found that Pilz, Boahin, Agrawal were the scholars with the most amount of publications; Institute of education, Kazan Federal University, University of Groningen were the research institutes with the most amount of publications; the keyword mapping showed that Occupational Competence. The keyword mapping shows that vocational skills are highly related to dual education, innovation and entrepreneurship, and vocational education technology, of which soft skills is a hot research topic nowadays. In the future, there is a need to strengthen communication and cooperation and to use vocational education technology to realize the practical impact of soft skills on innovation and entrepreneurship.

Artikel ini mengaplikasikan perisian Citespace untuk menyusun dan memvisualisasikan 623 dokumen yang berkaitan dengan kompetensi pelajar vokasional dengan Konsep Kompetensi Pekerjaan (COC) dari artikel Scopus yang bermula pada tahun 1979 sehingga 2023. Melalui analisis grafik pengetahuan, didapati bahawa Piermagnetik, Boahin, dan Agrawal adalah ilmuan yang paling banyak menyumbangkan artikel; Institut Pendidikan, Kazan Federal University, University of Groningen adalah institusi penyelidikan yang dominan dengan jumlah penerbitan terbesar; Pemetaan kata kunci menunjukkan keupayaan profesional yang agak tinggi. Pemetaan kata kunci menunjukkan bahawa kemahiran vokasional sangat berkait dengan pendidikan-dual, inovasi dan keusahawanan, dan pendidikan teknologi vokasional. Data juga menunjukkan, kemahiran insaniah adalah topik popular dalam penyelidikan hari ini. Pada masa akan datang, kita perlu mengukuhkan komunikasi dan kerjasama, serta menggunakan pendidikan teknologi vokasional untuk merealisasikan kesan langsung kemahiran insaniah terhadap kedua-dua inovasi dan keusahawanan. Tinjauan dan analisis sebelumnya menunjukkan pilihan visual literatur terpilih dapat memberikan petunjuk yang berharga, tepat pada masanya, berulang dan fleksibel untuk lebih memahami situasi dan arah global yang telah muncul dalam kajian yang lepas.

Junfeng Shen Hasyamuddin Othman Khairul Azhar Mat Daud Copyright (c) 2024 International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-03-31 2024-03-31 12 1 62 79 10.47252/teniat.v12i1.1131 HISTORY OF DEVELOPMENT HAUTE COUTURE IN THE FASHION INDUSTRY http://journal.umk.edu.my/index.php/teniat/article/view/1160
ABSTRACT

Haute Couture, with a history dating back to the 19th century during the reign of King Louis XIV in France, has played a significant role in shaping luxury brands like Christian Dior, Valentino, Chanel, and Fendi. This research adopts a qualitative, historical approach to examine the evolution of the Haute Couture industry and its enduring impact on the contemporary fashion landscape. The research was conducted by analyzing post-writings related to the concept, historical lineage, development, and contributions of Haute Couture to the current fashion industry. The findings reveal that while the Haute Couture industry faced challenges in preserving its original identity from the 19th century, its historical legacy continues to exert a profound influence and maintains a dedicated following among elites worldwide who value originality, exclusivity, and intricate craftsmanship. Future studies could consider this research as a pilot study for qualitative and comparative cultural investigations within the Haute Couture industry

ABSTRAK

Haute Couture merupakan sebuah industri fesyen yang berpengaruh besar dalam mewujudkan jenama mewah seperti Christian Dior, Valentino, Channel dan Fendi. Perkembangannya mengambil masa yang lama iaitu bermula sejak abad ke-19 semasa pemerintahan Raja Louis XIV di Perancis sehinggalah menjadi sebuah falsafah yang berkuasa dalam legasi fesyen dunia. Penyelidikan ini adalah bersifat kualitatif dalam mengkaji evolusi industri Haute Couture dan impaknya kepada industri fesyen pada hari ini. Kajian ini dijalankan dengan menganalisis pascapenulisan yang berkaitan dengan konsep, legasi sejarah, perkembangan dan sumbangan industri Haute Couture terhadap industri fesyen pada masa kini. Hasil kajian mendapati bahawa, penerimaan terhadap industri Haute Couture mengalami krisis dalam mengekalkan identiti asli yang diwarisi sejak dari abad ke-19 lagi, namun legasinya dalam sejarah fesyen masih kekal berkuasa dan mempunyai peminat yang tersendiri dalam kalangan golongan elit dari seluruh negara yang mementingkan hasil kerja tangan yang asli, ekslusif dan bercita rasa tinggi. Rekomendasi untuk kajian akan datang adalah sebagai kajian rintis bagi penyelidikan kualitatif dan perbandingan budaya dalam industri Haute Couture.
gregory Kiyai Copyright (c) 2024 International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-03-31 2024-03-31 12 1 80 96 10.47252/teniat.v12i1.1160 DESIGN AND AESTHETICS IN TERENANG : A STUDY OF TRADITIONAL PAHANG POTTERY http://journal.umk.edu.my/index.php/teniat/article/view/1170
This study examines the interplay between design, aesthetic considerations, and the concept of beauty in the context of Terenang pottery, a traditional form of pottery originating from Pahang, Malaysia. Terenang pottery holds cultural significance and embodies the artistic traditions of the region. The research aims to explore how design principles and aesthetic choices contribute to the visual appeal and perceived beauty of terenang . Through a qualitative analysis encompassing visual examination, expert interviews, and literature review, this study investigates the design elements, motifs, material selection, and color palettes employed in terenang pottery. It explores how these elements are informed by cultural influences and artistic intentions to create objects that are both functional and aesthetically pleasing. By examining the concept of beauty within the context of Terenang pottery, this research provides insights into the cultural significance and artistic value of this traditional craft. The findings contribute to a deeper understanding of the intricate relationship between design, aesthetics, and the concept of beauty, shedding light on how these elements converge in the creation of visually appealing and culturally rich pottery.

Kehilangan beberapa industri tembikar tradisional di pelbagai kawasan di Malaysia, seperti di Alor Merah, Pulau Pinang, Bukit Gantang, Lenggong, dan Krian di Perak, menimbulkan kebimbangan mengenai kepupusan potensi perusahaan tembikar tradisional Melayu di Malaysia. Kebimbangan terhadap nasib serupa bagi perusahaan tembikar tradisional di Kampung Pasir Durian, Kuala Tembeling, Pahang, menekankan keperhatinan segera untuk menangani isu ini. Kajian ini memberi fokus kepada aspek formalistik dan konsep keindahan dalam tembikar terenang, dengan meneliti secara khusus reka bentuk, elemen dalam reka bentuk, teknik dan bahan, serta pemilihan motif. Kajian ini bertujuan merakam dan mendokumentasikan serta menganalisis aspek di atas menggunakan kaedah kualitatif, termasuk penyelidikan lapangan, arkib muzium, analisis visual, temu bual dengan artisan , dan kajian literatur. Dapatan kajian menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang reka bentuk, estetika, serta konsep keindahan dalam Islam. Kajian ini menerangkan kaedah elemen-elemen ini berhubungkait dalam penciptaan seni Melayu yang menarik secara visual dan memberikan wawasan berharga dalam pemeliharaan tembikar Melayu tradisional. Secara khusus, motif Terenang mengambil inspirasi dari sumber semulajadi terutamanya unsur flora dan fauna. Rekabentuk terenang menonjol kehalusan artistik dan pemilihan motif yang disusun secara hierarki yang memberikan keseimbangan kepada reka bentuk keseluruhan tembikar. Kajian ini berfungsi sebagai pendokumentasin menyeluruh mengenai tembikar terenang dan turut menyumbang kepada pemeliharaan budaya dan kehalusan kerja tangan tembikar tradisional di Malaysia.

Zahirah Harun Hamidi Abdul Hadi Issarezal Ismail Salwa Ayob Copyright (c) 2024 International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-03-31 2024-03-31 12 1 97 115 10.47252/teniat.v12i1.1170 PENGUASAAN PERIBAHASA DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH MENGGUNAKAN PERMAINAN JUPERMA 1.0 http://journal.umk.edu.my/index.php/teniat/article/view/1172
JUPERMA 1.0 merupakan akronim bagi inovasi Jutaria dengan Peribahasa Melayu yang diinovasikan idea daripada permainan Jutaria. Ianya merupakan satu permainan gabungan papan bersama alat digital seiring dengan perkembangan teknologi terkini yang membantu murid-murid dalam mencapai keberkesanan dalam pembelajaran peribahasa. Isu utama dalam kalangan murid sekolah rendah adalah kelemahan murid dalam menguasai peribahasa yang seterusnya akan mempengaruhi kemahiran menulis karangan mereka di dalam penulisan Bahasa Melayu. Ini berlaku kerana mereka tidak memahami maksud sesetengah peribahasa yang menyebabkan mereka tidak dapat menjawab mengikut kehendak soalan dan penulisan mereka menjadi tidak gramatis. JUPERMA 1.0 dapat diaplikasi kepada murid sekolah rendah yang lemah dalam peribahasa. Inovasi ini direka menggunakan bahan-bahan yang berkos murah, mudah didapati dan turut menggunakan bahan-bahan terbuang dalam usaha kelestarian alam sekitar, di samping penggunaan aplikasi digital bagi meningkatkan lagi minat murid terhadap inovasi ini. Hasil inovasi menunjukkan peningkatan minat serta pemahaman murid melalui konsep didik hibur yang diketengahkan dalam inovasi ini. Adalah diharapkan inovasi JUPERMA 1.0 dapat diimplimentasikan sebagai satu bahan bantu mengajar guru di dalam bilik darjah selari dengan trend pembelajaran abad ke-21 melalui penerapan animasi yang menarik.

This action research was conducted to improve the mastery of proverbs in the Malay language subject for 3 Level Two primary school students through the JUPERMA 1.0 game. JUPERMA 1.0 is an acronym for Jutaria innovation with Malay Proverbs that is an innovative idea from the Jutaria game. It is a board game combined with digital tools in line with the latest technological developments that help students achieve effectiveness in learning proverbs. The main issue among primary school students is the weakness of students in mastering proverbs which in turn will affect their ability to write Malayalam essays. This happens because they do not understand the meaning of some proverbs which causes them to be unable to answer the questions and their writing becomes ungrammatical. This innovation is designed using materials that are cheap, easy to find and also use waste materials in the effort of environmental sustainability, in addition to the use of digital applications to further increase students' interest in this innovation. The results of this action research were collected by using several research instruments, namely observation, pre-test and final test as well as interviews throughout the intervention process. Through this JUPERMA 1.0 innovation, there is an increase in students' interest and understanding in Malay proverbs through the concept of didik hibur which is highlighted in this action study. It is hoped that the JUPERMA 1.0 innovation can be implemented as a teaching aid for teachers in the classroom in line with the learning trend of the 21st century through the application of interesting animation not only for students in primary school, but also for students in secondary school.

NOR KAMILAH BINTI MAKHTAR NUR AQILAH AMINORHUDDIN Copyright (c) 2024 International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-03-31 2024-03-31 12 1 116 129 10.47252/teniat.v12i1.1172 ‘KASUT MANIK’ PERANAKAN BABA AND NYONYA; A COLLECTION OF PRESERVATION EFFORTS. http://journal.umk.edu.my/index.php/teniat/article/view/1224
Abstrak

Kasut Manik atau beaded shoe merujuk kepada kasut tradisional yang dihiasi dengan manik yang cantik dan rumit serta menjadi bahagian penting dalam sejarah budaya Peranakan Baba dan Nyonya. Usaha pemeliharaan bersama ini menunjukkan keupayaan untuk mempertahankan karya seni fesyen Peranakan Baba dan Nyonya. Tujuan kajian ini untuk mengumpul dan meneliti kajian-kajian lepas mengenai pemeliharaan kasut manik Peranakan Baba dan Nyonya. Kajian ini menggunakan triangulasi data iaitu menggabungkan pemerhatian, nota lapangan dan analisis dokumen untuk memastikan kefahaman yang menyeluruh tentang kajian yang dijalankan. Kajian ini juga menggunakan ‘Systematic Literature Review (SLR)’ untuk meminimumkan berat sebelah dalam penyelidikan sedia ada. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa matlamat pemeliharaan budaya Peranakan boleh dicapai dalam pelbagai cara. Pengumpulan artikel atau jurnal ilmiah, penerbitan buku, konvensyen tahunan, program perantisan, perkongsian maya, rangkaian kerjasama, koleksi hadiah, pameran, dan promosi pelancongan adalah beberapa inisiatif yang telah dicadangkan. Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan dan bantuan dalam pemeliharaan budaya Peranakan Baba dan Nyonya. Hasilnya, tujuan kajian ini mencipta koleksi literatur yang belum pernah dilakukan oleh pengkaji sebelum ini sebagai rekod bertulis yang dapat dijadikan rujukan ilmiah kepada penyelidik di masa akan datang.

Abstract.

Kasut Manik or beaded shoe refers to traditional shoes embellished with intricate and gorgeous beads, which are a vital part of Baba and Nyonya’s Peranakan cultural history. This collaborative preservation effort demonstrates the ability to defend Peranakan Baba and Nyonya fashion artworks. The purpose of this study is to collect and research previous studies on the preservation of Peranakan Baba and Nyonya beaded shoes. This study uses data triangulation, combining observation, field notes and document analysis to ensure a comprehensive understanding. It also employs a Systematic Literature Review (SLR) to minimize bias in existing research. The findings of this study reveal that the goal of preserving Peranakan culture can be accomplished in a variety of ways. The gathering of scholarly articles or journals, book publication, annual conventions, apprenticeship programmes, virtual sharing, collaborative networks, gift collections, exhibitions, and tourism promotion are among the initiatives proposed. This study is expected to provide guidance and aid in the preservation of Peranakan Baba and Nyonya culture. As a result, the purpose of this study is to create a collection of literature that has never been done before by a researcher as a written record to be used as an academic reference for future scholars.

Keyword: Kasut Manik, Peranakan Baba and Nyonya, preservation, efforts.
NOR SOFIATUL AKMA JAMALUDIN Ahmad Nizam Othman Nur Safinas Albakry Mohammad Dzulsyafiq Mohammad Yusoff Copyright (c) 2024 International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-03-31 2024-03-31 12 1 130 142 DEVELOPING INSTRUMENT TO MEASURE FAMILIARITY AND DIFFICULTY TO USE CENTRAL CONTROL TOUCHSCREENS OF NEW ENERGY VEHICLES (NEV) http://journal.umk.edu.my/index.php/teniat/article/view/1261
Abstrak

Artikel ini bertujuan meneroka tahap kebiasaan dan kesukaran pengguna dalam menggunakan skrin sentuh kawalan berpusat yang berada dalam Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) dan menilai persepsi pengguna terhadap kebolehgunaan dan kemudahan untuk mengguna skrin sentuh kawalan berpusat tersebut. Dengan mengambil kira ketidakcukupan alat pengukuran sedia ada untuk merangkumi sepenuhnya kompleksiti antara muka pengguna NEV dan kepelbagaian pengguna, maka sebuah instrumen penyelidikan baru telah dibangunkan. Instrumen ini berdasarkan Teori Beban Kognitif dan Teori Kognitif Sosial, yang merangkumi konstruk berkaitan Kesukaran seperti Kompleksiti Sistem, Kepelbagaian Pengguna, Teknologi Baru, Faktor-faktor Emosi dan Psikologi, serta konstruk kebiasaan pengguna seperti Konsistensi, Kemampuan, Konvensional, Kajian Pengguna, dan Pengendalian Ralat. Melalui satu kajian rintis yang ditadbir ke atas pengguna kereta Tesla di Chengdu, China, data dianalisis menggunakan perisian SPSS (versi 27) dan SmartPLS (versi 4) untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penyelidikan. Dapatan menunjukkan bahawa pekali Alpha Cronbach menunjukkan konsistensi dalaman yang baik merentasi konstruk, berkisar dari 0.72 hingga 0.87, kecuali untuk konstruk "Kepelbagaian Pengguna", yang sedikit di bawah ambang batas yang diterima iaitu pada 0.68 berbanding dengan 0.7. Kajian mendapati bahawa tahap kebiasaan dan kesukaran pengguna secara signifikan mempengaruhi penerimaan pengguna terhadap skrin sentuh kawalan berpusat, ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan kepada pihak pereka untuk mempertimbang faktorfaktor ini dalam proses pembangunan antara muka pengguna bagi sistem tersebut untuk diaplikasikan dalam Kenderaan Tenaga Baharu (NEV). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa ia tidak hanya menekankan kepentingan mempertimbangkan kebiasaan dan kesukaran pengguna dalam reka bentuk antara muka skrin sentuh kawalan berpusat kenderaan tenaga baharu (NEV), tetapi juga menyediakan panduan penting dan alat penilaian untuk reka bentuk antara muka pengguna pada masa hadapan.

Abstract

This paper aims to explore user familiarity and difficulty in using central control touchscreens in New Energy Vehicles (NEVs) and assess the impact of these factors on users' perceived usefulness and ease of use. Given the inadequacy of existing measurement tools to fully cover the complexities of NEV user interfaces and user diversity, we developed a new research instrument. This instrument is based on Cognitive Load Theory and Social Cognitive Theory, covering difficulty-related constructs such as System Complexity, User Diversity, Emerging Technologies, Emotional and Psychological Factors, as well as familiarity-related constructs including Consistency, Affordance, Conventions, User Research, and Error Handling. Through a pilot study conducted among Tesla car users in Chengdu, China, data were analyzed using SPSS (version 27) and SmartPLS (version 4) software to determine the reliability and validity of the research instrument. Results of the Cronbach's alpha coefficients showed good internal consistency across constructs, ranging from 0.72 to 0.87, except for the "User Diversity" construct, which slightly fell below the acceptable threshold of 0.7 at 0.68. The study found that user familiarity and difficulty significantly influence the acceptance of central control touchscreens, indicating the need for designers to consider these factors in the development of NEV user interfaces. The results not only emphasize the importance of considering user familiarity and difficulty in NEV design but also provide crucial guidelines and assessment tools for future user interface design.
Heng Yao Khairul Azhar Mat Daud Copyright (c) 2024 International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-03-31 2024-03-31 12 1 143 156