Pengaruh Guru Besar Dalam Penghayatan Kewarganegaraan Terhadap Prestasi Kerja Guru

Authors

DOI:

https://doi.org/10.47254/ybaefx26

Abstract

Faktor kepimpinan sesebuah sekolah adalah penting dalam memupuk semangat kewarganegaraan guru bagi meningkatkan prestasi kerja guru. Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji pengaruh guru besar dalam penghayatan kewarganegaraan guru terhadap prestasi kerja guru Sekolah Kebangsaan di daerah Kota Setar, Kedah. Reka bentuk kajian tinjauan berbentuk kuantitatif telah dipilih untuk kajian ini.  Seramai 101 orang guru daripada lima buah Sekolah Kebangsaan dari daerah Kota Setar telah dipilih untuk kajian ini. Instrumen kajian Organizational Citizenship Behavior (OCB) oleh Lo dan Ramayah (2009) digunakan untuk menganalisis dimensi-dimensi kewarganegaraan guru. Sementara pengukuran prestasi kerja guru di sekolah diukur dengan menggunakan soal selidik dalam instrumen Teachers’ Job Performance Questionnaire (TJPQ) oleh Saleem, Aslam, Hong dan Rao (2020). Kedua-dua alat ukur ini menggunakan skala Likert lima mata. Data kajian dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26 yang melibatkan analisis deskriptif, ujian- T sampel bebas, analisis varians ANOVA sehala, korelasi Pearson dan regresi Stepwise. Dapatan regresi stepwise menunjukkan dimensi kesungguhan dan dimensi kesopanan (r = .721, r2 = .521, p < .05) merupakan peramal kepada prestasi kerja guru Sekolah Kebangsaan di daerah Kota Setar. Dapatan kajian kertas penyelidikan ini dapat dimanfaatkan oleh pemimpin sekolah sebagai panduan dalam menilai aspek kewarganegaraan guru dalam membangunkan tahap kompetensi guru di sekolah. Selain itu, dapatan kajian kertas penyelidikan ini juga boleh menjadi rujukan asas untuk meningkatkan pelbagai aspek kewarganegaraan guru seperti kebajikan sivik, kesungguhan, altruisme dan kesopanan yang mempunyai pengaruh yang sangat kuat dengan prestasi kerja guru bagi meningkatkan prestasi kerja guru dan pencapaian sekolah secara keseluruhannya.

Downloads

Published

31-05-2022

How to Cite

Pengaruh Guru Besar Dalam Penghayatan Kewarganegaraan Terhadap Prestasi Kerja Guru. (2022). International Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH), 27-40. https://doi.org/10.47254/ybaefx26