Perbandingan Sistem Kuantifikasi Bahasa Melayu dan Bahasa Jepun
Comparison Between Malay and Japanese Quantification Systems
DOI:
https://doi.org/10.47254/insaniah.v9i2.2306Keywords:
analisis kontrastif, sistem kuantifikasi, penjodoh bilangan, bahasa Melayu, bahasa JepunAbstract
Kajian ini bertujuan membandingkan sistem kuantifikasi dalam bahasa Jepun dan bahasa Melayu serta meneliti implikasinya terhadap pembelajaran bahasa kedua. Fokus kajian diberikan kepada penggunaan penjodoh bilangan, ekspresi kuantiti, anggaran, peratusan dan bentuk perbandingan dalam teks berita yang berkaitan dengan bidang ekonomi dan pelancongan. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kontrastif secara kualitatif untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara kedua-dua bahasa dalam menzahirkan maklumat yang melibatkan jumlah, kadar, perubahan serta hubungan antara angka dan kata nama dalam konteks penggunaan autentik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bahasa Jepun mengamalkan sistem kuantifikasi yang lebih sistematik dan spesifik melalui penggunaan penjodoh bilangan serta unit kuantiti seperti 人, 万 dan %, manakala bahasa Melayu memperlihatkan penggunaan yang lebih fleksibel melalui unit leksikal seperti orang, ribu, juta dan peratus. Perbezaan ini bukan sahaja mempengaruhi struktur ayat, malah turut memberi kesan terhadap kefahaman pelajar dalam mentafsir makna serta memilih bentuk bahasa yang tepat ketika membina ayat yang melibatkan unsur kuantiti. Selain itu, pengaruh bahasa ibunda didapati berpotensi menyebabkan kesilapan dalam penggunaan sistem kuantifikasi bahasa Jepun oleh penutur bahasa Melayu. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan agar pengajaran bahasa Jepun kepada penutur Melayu memberi penekanan terhadap perbandingan sistem kuantifikasi kedua-dua bahasa, fungsi penjodoh bilangan, serta penggunaan ekspresi kuantiti berdasarkan konteks komunikasi sebenar. Dapatan kajian diharapkan dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap perbezaan struktur bahasa Jepun dan bahasa Melayu, sekali gus mengurangkan kesilapan yang berpunca daripada pemindahan negatif bahasa ibunda.
This study examines the quantification systems of Japanese and Malay and explores their implications for second language acquisition. Employing a qualitative contrastive analysis approach, the study analyses economic and tourism news texts to investigate how both languages express numerical information, including classifiers, quantity expressions, approximations, percentages, and comparative constructions. The analysis focuses on the linguistic mechanisms used to represent quantities, rates, changes, and the relationship between numbers and nouns in authentic language use. The findings reveal that Japanese employs a highly structured and systematic quantification system characterised by the extensive use of classifiers and numerical units such as 人, 万, and %, whereas Malay demonstrates a comparatively flexible system that relies on lexical units such as orang, ribu, juta, and peratus. These structural differences influence not only sentence formation but also learners’ ability to interpret quantitative meanings and accurately produce target-language expressions. Furthermore, the findings suggest that first-language transfer frequently contributes to systematic errors among Malay-speaking learners of Japanese, particularly in the selection and use of classifiers and quantity-related expressions. In light of these findings, the study advocates a context-based pedagogical approach that explicitly highlights the similarities and differences between the quantification systems of Japanese and Malay. Greater emphasis on classifier functions, quantity expressions, and authentic language usage is expected to enhance learners’ structural awareness, improve communicative accuracy, and reduce errors arising from mother-tongue interference. By addressing these linguistic contrasts, the study contributes practical insights for the teaching and learning of Japanese as a foreign language among Malay speakers.
