Kesahan Kandungan Instrumen Efikasi Kendiri Keusahawanan Bagi Guru Pelatih Berdasarkan Indeks Kesahan Kandungan (CVI)

Authors

  • Zabidi Abdul Wahab School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia
  • Siti Zuraidah Md Osman School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia
  • Noor Hazlina Ahmad School of Management, Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.17687/jeb.v13i1.1509

Keywords:

Indeks Kesahan Kandungan (CVI), Efikasi Kendiri Keusahawanan, Guru Pelatih

Abstract

Efikasi kendiri keusahawanan guru pelatih boleh menentukan tahap kesediaan guru pelatih menerapkan elemen keusahawanan dalam bidang pengajian mereka. Maka, instrumen bagi mengukur efikasi kendiri keusahawanan perlu dikenalpasti dan disahkan. Kesahan kandungan adalah satu kaedah yang diperlukan untuk menilai kesesuaian instrumen menjadi alat ukur yang berkesan. Kajian ini akan menggunakan kaedah Indeks Kesahan Kandungan (Content Validity Indeks-CVI) untuk menilai kesahan kandungan instrumen. Instrumen yang dinilai mengandungi 23 item berdasarkan empat domain. Seramai lapan orang pakar telah dipilih melalui persampelan bertujuan untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Para pakar terdiri daripada lima orang pakar profesional dalam psikometrik, penilaian, psikologi pendidikan, bahasa, dan keusahawanan dan tiga orang pakar awam adalah pengamal penerapan elemen keusahawanan dalam bidang profesional masing-masing. Hasil kajian menunjukkan bahawa instrumen yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang relevan dan berpotensi menjadi instrumen yang dapat mengukur efikasi kendiri keusahawanan guru pelatih. Seterusnya analisis dan kajian lanjutan dicadangkan bagi menilai hubungan dan pengaruh antara efikasi kendiri keusahawanan dengan kesediaan penerapan elemen keusahawanan.

Author Biographies

  • Siti Zuraidah Md Osman, School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia

    Deputy Dean

    School of Educational Studies, USM

  • Noor Hazlina Ahmad, School of Management, Universiti Sains Malaysia

    Dean

    School of Manangement, USM

Downloads

Published

08-05-2025

How to Cite

Kesahan Kandungan Instrumen Efikasi Kendiri Keusahawanan Bagi Guru Pelatih Berdasarkan Indeks Kesahan Kandungan (CVI). (2025). Journal of Entrepreneurship and Business, 13(1), 132-145. https://doi.org/10.17687/jeb.v13i1.1509