Comics as Pedagogical Tools for Malaysian Traditional Games: A Systematic Review

Authors

  • Ameer Fuhaili Mohamad Hashim Universiti Malaysia Perlis
  • Ahmad Zulfadli Mohamad Hashim Universiti Teknologi Petronas

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v15i2.2060

Keywords:

comics, cultural, heritage, education, tradisional games, pedagogy

Abstract

Malaysian traditional games represent an important component of intangible cultural heritage, reflecting historical knowledge, cultural identity, social values, and communal practices transmitted across generations. However, their sustainability is increasingly threatened by technological advancement, changing lifestyles, and the growing dominance of digital entertainment among younger generations. Although previous studies have examined traditional games from cultural, educational, and technological perspectives, limited research has explored comics as a visual communication medium for preserving and promoting traditional game knowledge. This study aims to systematically review existing research on Malaysian traditional games and examine the potential role of comics as a pedagogical and cultural communication medium in supporting heritage sustainability in the digital era. A Systematic Literature Review (SLR) was conducted based on the Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA 2020) framework. From 193 identified records, 40 articles were selected for final analysis according to established inclusion and exclusion criteria. The findings indicate that research on Malaysian traditional games has evolved from cultural documentation towards multidisciplinary approaches involving pedagogy, digital technology, visual communication, and heritage preservation. Four dominant themes were identified: pedagogy and game-based learning, digital technology and innovation, visual communication and representation, and cultural heritage preservation. Nevertheless, significant research gaps remain, particularly in integrating comics, digital platforms, educational strategies, and cultural preservation frameworks. Limited empirical studies have investigated the effectiveness of comics-based approaches in improving cultural understanding, learner engagement, and knowledge retention. This study highlights comics as a promising yet underexplored medium for transforming traditional game knowledge into engaging visual narratives and recommends future research on comics-based pedagogical frameworks integrating storytelling, technology, and heritage preservation.

ABSTRAK

Permainan tradisional Malaysia merupakan komponen penting dalam warisan budaya tidak ketara yang mencerminkan pengetahuan sejarah, identiti budaya, nilai sosial, serta amalan komuniti yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Walaubagaimanapun, kelestariannya semakin terancam akibat perkembangan teknologi, perubahan gaya hidup, serta peningkatan dominasi hiburan digital dalam kalangan generasi muda. Walaupun kajian terdahulu telah meneliti permainan tradisional dari perspektif budaya, pendidikan dan teknologi, perhatian yang terhad diberikan terhadap komik sebagai medium komunikasi visual dalam usaha memelihara dan mempromosikan pengetahuan berkaitan permainan tradisional. Kajian ini bertujuan untuk meninjau secara sistematik penyelidikan sedia ada berkaitan permainan tradisional Malaysia serta mengenal pasti potensi peranan komik sebagai medium pedagogi dan komunikasi budaya dalam menyokong kelestarian warisan dalam era digital. Pendekatan Systematic Literature Review (SLR) telah digunakan berdasarkan garis panduan Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA 2020). Daripada 193 rekod yang dikenal pasti, sebanyak 40 artikel telah dipilih untuk analisis akhir berdasarkan kriteria kemasukan dan pengecualian yang telah ditetapkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penyelidikan berkaitan permainan tradisional Malaysia telah berkembang daripada pendekatan dokumentasi budaya kepada pendekatan multidisiplin yang melibatkan pedagogi, teknologi digital, komunikasi visual dan pemeliharaan warisan. Analisis tematik mengenal pasti empat tema utama, iaitu pedagogi dan pembelajaran berasaskan permainan, teknologi digital dan inovasi, komunikasi visual dan representasi, serta pemeliharaan warisan budaya. Walau bagaimanapun, masih terdapat jurang penyelidikan yang ketara, khususnya dalam mengintegrasikan komik, platform digital, strategi pendidikan dan kerangka pemeliharaan budaya. Kajian empirikal yang menilai keberkesanan pendekatan berasaskan komik dalam meningkatkan kefahaman budaya, penglibatan pembelajaran dan pengekalan pengetahuan juga masih terhad. Kajian ini mengetengahkan komik sebagai medium yang berpotensi tetapi masih kurang diterokai dalam mentransformasikan pengetahuan permainan tradisional kepada naratif visual yang menarik serta mencadangkan penyelidikan masa hadapan berkaitan pembangunan kerangka pedagogi berasaskan komik yang mengintegrasikan penceritaan visual, teknologi dan pemeliharaan warisan budaya..

Downloads

Published

30-09-2026

How to Cite

Comics as Pedagogical Tools for Malaysian Traditional Games: A Systematic Review. (2026). International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 14(2), 95-122. https://doi.org/10.47252/teniat.v15i2.2060