Typicality, Novelty, and Liking in Product Shape and Sound: A Study of Two Domestic Appliances on Cognitive Aesthetics

Authors

  • Mohd Firuz Mohd Anwar Universiti Putra Malaysia
  • Mohd Faiz Yahaya Universiti Putra Malaysia
  • Mohd Shahrizal Dolah Universiti Putra Malaysia
  • Jarfrulhizam Jaafar Universiti Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v15i2.2472

Keywords:

Aesthetic Preference, MAYA Principle, Novelty, Product Sound, Typicality

Abstract

The Most Advanced Yet Acceptable (MAYA) principle holds that consumers prefer designs balancing typicality (familiarity) with novelty, but evidence for this claim rests almost entirely on visual product form. This study tests whether typicality and novelty independently predict liking for product sound and shape, using ratings from Phase 2 of a three-phase investigation, as a linear test underlying MAYA's broader balance claims. Respondents (n = 106-107 per product) independently rated ten shapes and ten sounds of a hairdryer and a vacuum cleaner for typicality, novelty, and liking using 7-point scales. GEE models, clustered by participant, regressed item-level liking on typicality and novelty across four item sets: hairdryer shape, hairdryer sound, vacuum cleaner shape, and vacuum cleaner sound. Typicality and novelty were both significant, positive predictors of liking in all four sets. Typicality was the stronger predictor for hairdryer shape, hairdryer sound, and vacuum cleaner shape, while novelty was stronger for vacuum cleaner sound. These findings show that the joint contribution of typicality and novelty to aesthetic preference also holds for product sound, detectable at the single-stimulus level, prior to the combination effects examined in a companion Phase 3 paper. Implications for extending MAYA to auditory product design are discussed.

ABSTRAK

Prinsip Most Advanced Yet Acceptable (MAYA) menyatakan bahawa pengguna lebih menggemari reka bentuk yang mengimbangi ketipikalan (kebiasaan) dengan kebaharuan, tetapi bukti tuntutan ini hampir keseluruhannya tertumpu pada aspek visual produk. Kajian ini menguji sama ada ketipikalan dan kebaharuan meramal kesukaan secara bebas bagi bunyi produk selain bentuk, menggunakan penilaian daripada Fasa 2 kajian tiga fasa ini, sebagai ujian linear yang mendasari tuntutan keseimbangan MAYA yang lebih luas. Responden (n = 106-107 bagi setiap produk) menilai sepuluh bentuk dan sepuluh bunyi pengering rambut serta pembersih vakum bagi ketipikalan, kebaharuan, dan kesukaan, menggunakan skala 7 mata. Model GEE, berkelompok mengikut responden, meregresikan kesukaan peringkat item terhadap ketipikalan dan kebaharuan bagi empat set item: bentuk dan bunyi pengering rambut, serta bentuk dan bunyi pembersih vakum. Ketipikalan dan kebaharuan merupakan peramal positif yang signifikan bagi kesukaan dalam keempat-empat set. Ketipikalan lebih kuat meramal bentuk pengering rambut, bunyi pengering rambut, dan bentuk pembersih vakum, manakala kebaharuan lebih kuat meramal bunyi pembersih vakum. Dapatan ini menunjukkan bahawa sumbangan bersama ketipikalan dan kebaharuan terhadap keutamaan estetik turut wujud bagi bunyi produk, yang dapat dikesan pada peringkat item tunggal, sebelum kesan gabungan yang dikaji dalam kertas sampingan fasa ketiga kajian ini. Implikasi memperluas prinsip MAYA kepada reka bentuk produk auditori turut dibincangkan.

Downloads

Published

30-09-2026

How to Cite

Typicality, Novelty, and Liking in Product Shape and Sound: A Study of Two Domestic Appliances on Cognitive Aesthetics. (2026). International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 14(2), 236-250. https://doi.org/10.47252/teniat.v15i2.2472