Makna Simbolik Pondok Masyarakat Orang Asli Suku Kaum Jakun di Kampung Sentosa, Lenga, Johor
Symbolic Meaning of Jakun Tribe’s Hut in Kampung Sentosa, Lenga, Johor
DOI:
https://doi.org/10.47254/r2r8xq69Abstract
Binaan pondok masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun dibina sepenuhnya menggunakan sumber alam dan mampu mencerminkan jati diri bagi kaum Orang Asli. Sekiranya kajian dan pendedahan mengenai pembinaan pondok Orang Asli tidak diketengahkan, makna simbolik pembinaan tersebut akan dilupakan oleh generasi akan datang. Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti bahan binaan pondok masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun di Kampung Sentosa, Lenga, Johor. Selain itu, analisis terhadap makna simbolik turut dijalankan bagi setiap bahan binaan pondok tersebut. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif dengan menjalankan temu bual dan pemerhatian di kawasan lapangan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa bahan binaan yang digunakan untuk membina pondok terdiri daripada Bengkawan, Buluh Tilan, Gantung Atap, Rotan Jawa dan Tiang Kayu. Setiap bahan binaan juga dianalisis untuk menemukan makna simbolik seperti Bengkawan dengan simbolik setia kawan, bentuk ikan Tilan yang membawa simbolik kepada Buluh Tilan, Rotan Jawa dari kepulauan Jawa, dan Tiang Kayu sebagai simbolik kekuatan dan ketuanan individu dalam membina sesebuah pondok.

