Tahap Kesediaan Kerajaan Kelantan Terhadap Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015
DOI:
https://doi.org/10.47254/ae745611Abstract
Hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 menjadi isu dan polemikyang tidak berkesudahan sama ada dari sudut politik, perundangan dan kemampuan Kerajaan Negeri Kelantan. Kemampuan di sini merujuk kepada aspek infrastruktur, kakitangan, kemahiran dan lain-lain. Jika isu perundangan dan politik dapat diatasi bagi membolehkan KJS II (1993) 2015 dilaksanakan, timbul persoalan adakah Kerajaan Negeri Kelantan mampu dan bersedia untuk merealisasikannya?. Kajian ini melalui pendekatan kualitatif meneliti tahap kesediaan pelaksanaan KJS II ini melalui pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK, Jabatan Pendakwaan Syariah Kelantan dan Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan. Data diperoleh melalui kajian dokumen dan temu bual informan penting berkaitan pelaksanaan KJS II dan agensi terbabit. Hasil kajian mendapati persediaan Kerajaan Negeri Kelantan melalui beberapa agensi tersebut berada pada tahap yang tidak memuaskan. Banyak kekurangan yang perlu ditambahbaik dalam persediaan untuk pelaksanaan KJS II (1993) 2015. Kerjasama di antara agensi yang terlibat tidak begitu jelas sama ada di peringkat negeri atau persekutuan. Sekiranya aspek ini tidak ditangani dengan sebaiknya, hasrat dan kemampuan dalam merealisasikan KJS II (1993) 2015 ini dikhuatiri akan menemui kegagalan dan menjejaskan syiar Islam itu sendiri.

