Rasionalisasi Kebolehlaksanaan Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 (Hudud) Kelantan dalam Konteks Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.47254/9zgc1r92Abstract
Merasionalisasikan Kanun Jenayah Syariah (KJS) II (1993) 2015 & Hudud adalah usaha berterusan kerajaan Kelantan semenjak 1993. Namun ia masih belum dapat direalisasikan kerana halangan-halangan tertentu khususnya dari sudut perundangan. Kertas ini mengupas rasionalisasi kebolehlaksanaan kanun tersebut dalam konteks di Kelantan. Data kajian diperoleh melalui dokumen, temubual dan pemerhatian dan dianalisis secara deskriptif. Kajian mendapati tujuh (7) faktor yang merasionalkan kebolehlaksanaan KJS II (1993) 2015 seperti; Islam agama rasmi, Parti Islam SeMalaysia, sokongan Sultan Kelantan, kebebasan laksana undang-undang negeri, Agama Islam urusan negeri, Islam dan Melayu, mahkamahsivil mengesahkan undang-undang Islam negeri. Halangan dan cabaran wujud dengan jelas dari sudut perundangan dan kesediaan Kerajaan Negeri Kelantan. Namun, sekiranya halangan dan cabaran ini dapat diselesaikan, cita-cita untuk pelaksanaan KJS II (1993) 2015 akan menjadi kenyataan. Justeru, sokongan ahli parlimen amat diperlukan merentasi fahaman politik kepartian, kepelbagaian agama dan budaya. Begitu juga dari sudut kesediaan Kerajaan Kelantan dalam pelbagai aspek memainkan peranan besar untuk pelaksanaan KJS II (1993) 2015.

