Penilaian Kurikulum Bahasa Jepun Berpandukan Standard Common European Framework of References for Languages (CEFR) di Universiti Malaysia Kelantan
Evaluation of the Japanese Language Curriculum Based on the Standard Common European Framework of References for Languages (CEFR) at Universiti Malaysia Kelantan
DOI:
https://doi.org/10.47254/cy52jp13Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kurikulum kursus Bahasa Jepun sebagai Bahasa Ketiga di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Kajian ini menggunakan Model Penilaian KIPP yang melibatkan dimensi konteks, input, proses dan produk. Sampel kajian terdiri daripada 145 orang pelajar semester ketiga yang mengambil kursus Bahasa Jepun. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik bagi menilai dimensi konteks, input, proses dan produk. Statistik yang digunakan dalam kajian ini melibatkan skor frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan pelaksanaan Kurikulum Kursus Bahasa Jepun berpandukan standard Common European Framework of References for Languages (CEFR) sebagai Bahasa Ketiga di UMK berada pada tahap yang tinggi apabila keempat-empat objektif kajian memperoleh nilai min pada aras yang tinggi (4.63). Justeru, inisiatif Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan memperkenalkan kursus ini di UMK adalah tindakan yang amat tepat malah menjadikan pelajar UMK sebagai pelajar yang mempunyai soft skill dan berupaya menguasai kemahiran berbahasa asing bagi persediaan mereka dalam menempuh alam pekerjaan pada masa hadapan. Perkara ini sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang amat menitik beratkan penguasaan bahasa asing sebagai nilai tambah kepada setiap pelajar di institusi pengajian tinggi Malaysia yang boleh dianggap sebagai salah satu langkah dalam penambahbaikan jenama pendidikan Malaysia pada peringkat global.

