Peranan Muzium dan Akademia dalam Memperkasakan Sejarah Islam di Kelantan
The Role of Museums and Academia in Empowering Islamic History in Kelantan
DOI:
https://doi.org/10.47254/insaniah.v9i2.1912Keywords:
Muzium, akademia, sejarah Islam Kelantan, pelancongan patuh syariah, sistem pondok, museum, islamic history in Kelantan, Sharia-compliant tourismAbstract
ABSTRAK
Peranan muzium masa kini semakin meluas daripada fungsi konservatif kepada agen ilmu dan pembangunan ekonomi melalui konsep “kluster muzium” serta pelancongan patuh syariah. Apabila digandingkan dengan dunia akademik, muzium berpotensi menampilkan naratif sejarah Islam yang lebih tepat dan kontekstual. Namun, di Kelantan, hubungan antara institusi muzium dan akademia masih perlu diperkasa agar dapat memperkukuh peranan mereka dalam mempersembahkan warisan Islam tempatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif melalui analisis dokumen untuk meneliti hubungan strategik antara kedua-dua institusi tersebut. Sumber data diperoleh daripada bahan arkib, laporan institusi, rekod pameran dan penerbitan seperti majalah Pengasuh. Tumpuan diberikan kepada pelbagai aset sejarah Islam Kelantan termasuk bukti awal Islamisasi, sistem pondok tradisional dan budaya keilmuan. Kajian turut menilai pameran muzium, dasar pelancongan serta trend pemuziuman baharu yang menekankan keterlibatan masyarakat, penggunaan teknologi interaktif dan prinsip pemuziuman Islamik. Hasil kajian menunjukkan keperluan untuk memperkukuh muzium di Malaysia melalui bimbingan pakar akademik, penerapan teknologi digital dan sokongan organisasi bukan kerajaan. Reka bentuk pameran yang inklusif serta penglibatan masyarakat juga penting dalam memantapkan kefahaman terhadap sejarah Islam. Jaringan kerjasama seperti inisiatif AL-ASAR di Muzium Pahang menjadi contoh sinergi yang boleh dicontohi. Kajian ini menegaskan bahawa kolaborasi antara kurator dan akademia perlu diperluas bagi menghasilkan pameran berasaskan penyelidikan yang mampu memperkukuh pemahaman terhadap tamadun Islam di Kelantan.
ABSTRACT
The contemporary role of museums has expanded beyond mere preservation to become catalysts of knowledge and drivers of economic development through the concepts of “museum clusters” and Shariah-compliant tourism. When aligned with academia, museums have the potential to present Islamic history in a more accurate, critical, and contextual manner. In Kelantan, however, the collaboration between museums and academic institutions remains limited and requires further strengthening to enhance the presentation of local Islamic heritage. This study employs a descriptive qualitative approach using document analysis to examine the strategic relationship between museums and academia. Data were collected from archival sources, institutional reports, exhibition records, and publications such as Pengasuh magazine. The study focuses on key elements of Kelantan’s Islamic heritage, including early evidence of Islamisation, the traditional pondok education system, and the intellectual culture. It also reviews museum exhibitions, tourism policies, and new museological trends that emphasize community engagement, interactive technologies, and the integration of Islamic museology principles. Findings indicate that Malaysian museums should be strengthened through academic guidance, the use of digital technologies, and support from non-governmental organizations. Inclusive exhibition designs and active community participation are also crucial in enhancing public understanding of Islamic history. Collaborative initiatives such as the AL-ASAR program at the Pahang State Museum exemplify effective synergy between museums and academia. The study concludes that deeper cooperation between curators and scholars is essential in developing research-based exhibitions that reinforce understanding of Islamic civilisation in Kelantan.

