Aplikasi Ijtihad dan Penetapan Syariat Islam dalam Kanun Jenayah Syariah II(1993) 2015 Kelantan

Authors

DOI:

https://doi.org/10.47254/insaniah.v9i2.1920

Keywords:

Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015, Hudud, Qisas, Takzir, Ijtihad

Abstract

Syariat Islam bertujuan mengatur sistem dan menjaga kemaslahatan manusia dalam segenap aspek kehidupan. Pelaksanaannya sangat penting bukan sahaja dari sudut tuntutan agama malah demi kesejahteraan hidup dalam sesebuah masyarakat. Salah satu komponen syariat penting bagi mencapai hasrat tersebut adalah undang-undang jenayah melibatkan hudud, takzir dan qisas. Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbir oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah melaksana usaha sejak 1993 bagi merealisasikan pelaksanaan perundangan tersebut melalui Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 (KJS) yang telah melalui proses pindaan pada 2015. Walau bagaimanapun selain isu perlembagaan dan bidang kuasa, masih timbul persoalan terhadap aplikasi ijtihad kanun ini adakah menepati dalam konteks keperluan semasa mengikut ketetapan syariat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui rujukan kepustakaan termasuk dokumen-dokumen penting berkaitan dan juga sesi temu bual mendalam bersama informan penting yang terlibat berkaitan KJS II. Hasil kajian mendapati KJS II mengandungi 71 seksyen dan empat jadual serta terdiri daripada enam bahagian termasuk Hudud, Qisas dan Takzir. Kanun ini juga memperuntukkan aspek pentadbiran melibatkan hal ehwal berkaitan mahkamah, pelantikan hakim, gaji dan keistimewaan hakim-hakim.

Downloads

Published

31-10-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Aplikasi Ijtihad dan Penetapan Syariat Islam dalam Kanun Jenayah Syariah II(1993) 2015 Kelantan. (2025). International Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH), 8(2), 134-145. https://doi.org/10.47254/insaniah.v9i2.1920