Penerapan Psikologi Sufi dalam Menangani Kemurungan: Kajian di Masjid Jamek Al-Hikmah, Kuang, Selangor
DOI:
https://doi.org/10.47254/2mp3j179Keywords:
Penerapan, Sufisme, Psikologi Sufi, Konsisten, KemurunganAbstract
Sufi adalah penyebutan untuk mereka yang mendalami sufisme atau ilmu tasawwuf. Ia memfokuskan ilmu cara penyucian jiwa, pembentukan akhlak, pembangunan lahir dan batin untuk memperoleh kebahagian abadi. Psikologi sufi adalah sebuah usaha terapi dalam ajaran tasawuf untuk mengatasi masalah dengan menggunakan nilai-nilai sufisme sebagai rawatan dan pencegahan. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu, membincangkan tahap pengetahuan psikologi sufi, penerapan psikologi sufi dan mengenalpasti cara psikologi sufi menangani kemurungan yang dijalankan dalam kalangan jemaah masjid Jamek al-Hikmah, Kuang, Selangor. Metodologi kajian ialah pendekatan kualitatif bereka bentuk kajian kes yang berkaitan dengan penyiasatan terhadap perubahan informan. Temu bual separa berstruktur digunakan kepadasepuluh orang informan terpilih yang telah mengikuti pengajian secara konsisten selama enam tahun. Dapatan kajian mendapati bahawa psikologi sufi mampu menangani kemurungan dalam kalangan jemaah Masjid Jamek al-Hikmah sekiranya diterapkan secara berdisiplin dan konsisten.

