FORMAL ANALYSIS OF VISUAL CHARACTERISTIC ON MURAL ARTS AT KEDAI MULONG OLD MOSQUE, KELANTAN

Authors

  • Sahrudin Mohamed Som Universiti Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v12i1.1026

Keywords:

Mural, Kedai Mulong Old Mosque, Formal Analysis, Element of Art, Design Principle

Abstract

Abstract

A mural is a two-dimensional visual art form that has long been utilized as a decorative element in many buildings worldwide. However, the use of mural art as a decorative element in traditional Malay architecture is seldom encountered, unlike the three-dimensional carving arts or seni ukiran. The discovery of murals at Kedai Mulong Old Mosque (KMOM) during conservation works in 2009 has laid the foundation for new knowledge regarding the utilization of mural art as a decorative element in traditional Malay architecture. KMOM was initially constructed in the mid-19th century as a Balairong Seri (Royal Assembly Hall) before being converted into a mosque by Kedai Mulong's community in 1958. Originally part of a royal complex, the mural arts in KMOM exhibit the finesse and richness of interior decorative elements, contributing significantly to the study of Malay cultural art and architecture. This article aims to discuss the visual features of mural design found in KMOM as a crucial basis for understanding the mural designs used in traditional Malay architecture, especially in the East Coast Region of Malaysia. The study employs a qualitative approach with two phases of implementation: documentation in the first phase and visual analysis for the second phase. The formal method of visual analysis has been applied to analyse the visual characteristics of murals, focusing on two main aspects: the elements and principles of design. The study reveals that the visual elements on the mural include colour, shape, lines, and motifs, while the principles encompass balance, prominence, pattern, and unification.

Abstrak

Mural merupakan seni visual dua dimensi yang banyak digunakan sebagai elemen hiasan di dalam bangunan lama di seluruh dunia. Namun begitu penggunaan elemen mural sebagai ragam hias di dalam dunia seni bina Melayu adalah sesuatu yang jarang ditemui, tidak seperti seni ukiran tiga dimensi yang telah digunakan dengan meluas. Justeru, penemuan mural di Masjid Lama Kedai Mulong (KMOM) semasa kerja-kerja pemuliharaan pada tahun 2009 telah meletakkan asas pengetahuan baharu tentang penggunaan seni mural sebagai elemen hiasan dalam seni bina tradisional Melayu. KMOM telah dibina pada pertengahan abad ke-19 sebagai Balai Rongseri (dewan perhimpunan diraja) sebelum ditukar oleh masyarakat Kedai Mulong menjadi masjid pada tahun 1958. Sebagai sebahagian daripada kompleks diraja yang asal, seni mural di KMOM telah mempamerkan kehalusan dan kekayaan elemen hiasan dalaman yang penting kepada kajian seni bina dan seni budaya Melayu. Artikel ini bertujuan membincangkan ciri-ciri visual rekaan mural yang terdapat pada KMOM sebagai asas penting di dalam memahami rekaan mural yang telah digunakan di dalam seni bina Melayu tradisional khususnya di wilayah Pantai Timur Malaysia. Kajian menggunapakai pendekatan kualitatif dengan dua fasa pelaksanaan iaitu pendokumentasian di fasa pertama dan analisis visual bagi fasa ke dua. Kaedah formal visual analisis telah digunakan di dalam membuat analisis ciri-ciri visual mural dengan melihat kepada dua aspek utama iaitu elemen dan prinsip rekaan. Kajian mendapati elemen visual pada mural adalah terdiri dari elemen warna, bentuk, garisan dan motif, sementara bagi prinsipal pula adalah keseimbangan, penonjolan, corak dan penyatuan.

Downloads

Published

2024-03-31

How to Cite

Mohamed Som, S. (2024). FORMAL ANALYSIS OF VISUAL CHARACTERISTIC ON MURAL ARTS AT KEDAI MULONG OLD MOSQUE, KELANTAN. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 12(1), 1–12. https://doi.org/10.47252/teniat.v12i1.1026