DIKIR LABA: BENTUK PERSEMBAHAN TRADISIONAL DI TUMPAT, KELANTAN

Authors

  • NUR AZMINA ABU BAKAR Faculty of Creative Technology and Heritage

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v12i1.1047

Keywords:

Dikir Laba, kampung periuk, Kampung Morak, Performance form, Performing Arts, Seni persembahan, Bentuk persembahan Dikir Laba

Abstract

Abstrak

Dikir Laba merupakan satu bentuk hiburan yang lahir daripada kearifan masyarakat tempatan dan merupakan salah satu seni persembahan tradisional yang masih wujud di Negeri Kelantan. Persembahan ini banyak dipersembahkan terutamanya di majlis perkahwinan, maulud dan majlis keagamaan. Pada awal abad ke-20, persembahan Dikir Laba merupakan hiburan yang sangat diminati dalam kalangan masyarakat di Kelantan. Kini, Dikir Laba merupakan satu warisan seni tempatan yang sudah jarang diketahui dan didengari oleh generasi muda. Penyelidikan ini akan mengupas mengenai bentuk persembahan Dikir Laba yang masih wujud di kawasan Tumpat Kelantan khususnya di kampung Morak dan Kampung Periuk. Hasil data penyelidikan yang diperoleh diambil menggunakan kaedah tinjauan, pemerhatian dan temu bual responden. Tinjauan dilakukan untuk mengetahui isu dan permasalahan yang berkaitan dengan penyelidikan, manakala pemerhatian digunakan untuk melihat sejauh mana bentuk seni persembahan Dikir Laba masih diamalkan oleh kedua-dua buah kumpulan. Kaedah temu bual yang dijalankan melibatkan empat orang responden termasuk tokoh Dikir Laba yang masih aktif bergiat. Penyelidikan mendapati bahawa bentuk persembahan Dikir Laba berdasarkan nyanyian dan tarian berkumpulan masih dikekalkan. Keistimewaan bentuk persembahan Dikir Laba ini akan diperjelaskan dengan lebih terperinci dalam artikel ini.

Abstract
Dikir Laba is a form of entertainment that emerged from the wisdom of the local community. It It is one of the traditional performing arts that still exist in Kelantan. This artform is widely performed, especially at weddings, mauluds, and other religious ceremonies. In the early 20th century, Dikir Laba was popular among the communities in Kelantan. Today, Dikir Laba has become local heritage that is rarely known and heard by the younger generation. This research will discuss the form of Dikir Laba presentation that still exists in the Tumpat area of Kelantan, especially in Kampung Morak and Kampung Periuk. This study was conducted to discuss the performance of Dikir Laba in Tumpat Kelantan. The results of the research are obtained using the methods of surveys, observations and interviews with respondents. A survey was conducted to find out the issues and problems related to the research, while observation method was used to study the extent in which the Dikir Laba performance is maintained by both groups. The interview method involved four respondents, including Dikir Laba experts who are still active. This research has found that the performance form of Dikir Laba is still based on singing and group dance. The uniqueness of Dikir Laba's performance will be explained in more detail in this article.

Downloads

Published

2024-03-31

How to Cite

ABU BAKAR, N. A. (2024). DIKIR LABA: BENTUK PERSEMBAHAN TRADISIONAL DI TUMPAT, KELANTAN. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 12(1), 13–29. https://doi.org/10.47252/teniat.v12i1.1047