‘KASUT MANIK’ PERANAKAN BABA AND NYONYA; A COLLECTION OF PRESERVATION EFFORTS.

Authors

  • NOR SOFIATUL AKMA JAMALUDIN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
  • Ahmad Nizam Othman Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Nur Safinas Albakry
  • Mohammad Dzulsyafiq Mohammad Yusoff

Abstract

Abstrak

Kasut Manik atau beaded shoe merujuk kepada kasut tradisional yang dihiasi dengan manik yang cantik dan rumit serta menjadi bahagian penting dalam sejarah budaya Peranakan Baba dan Nyonya. Usaha pemeliharaan bersama ini menunjukkan keupayaan untuk mempertahankan karya seni fesyen Peranakan Baba dan Nyonya. Tujuan kajian ini untuk mengumpul dan meneliti kajian-kajian lepas mengenai pemeliharaan kasut manik Peranakan Baba dan Nyonya. Kajian ini menggunakan triangulasi data iaitu menggabungkan pemerhatian, nota lapangan dan analisis dokumen untuk memastikan kefahaman yang menyeluruh tentang kajian yang dijalankan. Kajian ini juga menggunakan ‘Systematic Literature Review (SLR)’ untuk meminimumkan berat sebelah dalam penyelidikan sedia ada. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa matlamat pemeliharaan budaya Peranakan boleh dicapai dalam pelbagai cara. Pengumpulan artikel atau jurnal ilmiah, penerbitan buku, konvensyen tahunan, program perantisan, perkongsian maya, rangkaian kerjasama, koleksi hadiah, pameran, dan promosi pelancongan adalah beberapa inisiatif yang telah dicadangkan. Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan dan bantuan dalam pemeliharaan budaya Peranakan Baba dan Nyonya. Hasilnya, tujuan kajian ini mencipta koleksi literatur yang belum pernah dilakukan oleh pengkaji sebelum ini sebagai rekod bertulis yang dapat dijadikan rujukan ilmiah kepada penyelidik di masa akan datang.

Abstract.

Kasut Manik or beaded shoe refers to traditional shoes embellished with intricate and gorgeous beads, which are a vital part of Baba and Nyonya’s Peranakan cultural history. This collaborative preservation effort demonstrates the ability to defend Peranakan Baba and Nyonya fashion artworks. The purpose of this study is to collect and research previous studies on the preservation of Peranakan Baba and Nyonya beaded shoes. This study uses data triangulation, combining observation, field notes and document analysis to ensure a comprehensive understanding. It also employs a Systematic Literature Review (SLR) to minimize bias in existing research. The findings of this study reveal that the goal of preserving Peranakan culture can be accomplished in a variety of ways. The gathering of scholarly articles or journals, book publication, annual conventions, apprenticeship programmes, virtual sharing, collaborative networks, gift collections, exhibitions, and tourism promotion are among the initiatives proposed. This study is expected to provide guidance and aid in the preservation of Peranakan Baba and Nyonya culture. As a result, the purpose of this study is to create a collection of literature that has never been done before by a researcher as a written record to be used as an academic reference for future scholars.

 

Keyword: Kasut Manik, Peranakan Baba and Nyonya, preservation, efforts.

Author Biographies

Ahmad Nizam Othman, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Senior Lecturer

Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri kreatif

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Nur Safinas Albakry

Senior lecturer

Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif

Mohammad Dzulsyafiq Mohammad Yusoff

Lecturer

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan

Universiti Malaysia Kelantan

Downloads

Published

2024-03-31

How to Cite

JAMALUDIN, N. S. A., Othman, A. N., Albakry, N. S., & Mohammad Yusoff, M. D. (2024). ‘KASUT MANIK’ PERANAKAN BABA AND NYONYA; A COLLECTION OF PRESERVATION EFFORTS. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 12(1), 130–142. Retrieved from http://journal.umk.edu.my/index.php/teniat/article/view/1224