AMANAT DAN PENGARUH BAHASA DALAM PEMERINTAHAN POLITIK ISLAM

Authors

  • NOR SUHAIDA ISMAIL Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • MOHD FIRDAUS CHE YAACOB Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • SALMAH JAN NOOR MUHAMMAD Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v7i1.223

Keywords:

Amanat; Politik; Sejarah Melayu; Pemerintahan Islam, amanat, politik, sejarah Melayu, Pemerintahan Islam

Abstract

Artikel ini mengajukan perbincangan tentang amanat dan pengaruh bahasa dalam pemerintahan tradisi
Kesultanan Melayu. Amanat dan pengaruh bahasa yang dibincangkan meliputi pesanan dan nasihat
yang berlatarkan prinsip asas dalam pemerintahan Islam. Amanat dan pengaruh bahasa merupakan
maklumat penting yang disampaikan oleh pengarang naskhah Melayu sebagai nasihat kepada pewaris
raja tentang akhlak dan moral dalam membentuk tradisi pemerintahan politik Islam-Melayu. Oleh itu,
kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menganalisis teks sebagai batas dalam perbincangan. Teks
yang dianalisis ialah naskhah Sejarah Melayu (Sulalat al-Salatin) yang diselenggarakan oleh A. Samad
Ahmad, terbitan tahun 1979. Kajian ini juga telah mengaplikasikan Teori Politik Islam yang diusahakan
oleh Yahaya Jusoh (2014) sebagai perbincangan tentang amanat politik Melayu tradisi yang dipengaruhi
oleh pemerintahan Islam. Hasil analisis mendapati amanat dan pengaruh bahasa yang dicatatkan dalam
naskhah Sejarah Melayu mempunyai sebahagian persamaan dengan prinsip asas dalam pemerintahan
Islam. Prinsip asas berlandaskan ajaran Islam seperti ketaatan, keadilan, muafakat, hal ehwal
masyarakat, amanah dan melaksanakan kebaikan yang didapati dalam naskhah Sejarah Melayu ini telah
mempengaruhi amanat raja-raja Melayu mengenai pemerintahan. Justeru, kajian ini berperanan untuk
membentuk identiti kesinambungan identiti tradisi Kesultanan Melayu dengan tradisi pemerintahan Islam
yang dicatat oleh pengarang Sejarah Melayu melalui amanat dan pengaruh bahasa daripada seorang raja
kepada pewarisnya.

 

This article proposes the discussion about the mandate and the language influences in traditional
governance of Malay Sultanate. The mandate and the language influences discussed include messages
and advices about the basic principles of governance of Islam. The mandate and the language influences
are important information delivered by the author of Malay’s manuscript as the advice to the king’s heirs
about ethics and morality in shaping the traditional Islamic-Malay political governance. Therefore, this
study used qualitative method; text analysing as the limitation of the discussion. The text analysed is
manuscript of Sejarah Melayu (Sulalat al-Salatin) managed by A.Samad Ahmad, issued in 1979. This
study is applying the Theory of Political of Islam cultivated by Yahaya Jusoh (2014) in discussing the
Malay political advices which have been influenced by governance of Islam. As a result, the study shows
there are some similarity between the mandate and the language influences recorded in manuscript of
Sejarah Melayu and basic principles of governance of Islam. The basic principle of Islamic teaching such
as loyalty, justice, consensus, community matters, trust and implementing good found in manuscript of
Sejarah Melayu influenced the mandate of Malay’s King about governance. Hence, this study works as
shaping the continuity of identity of Malay Sultanate Tradition and governance of Islam tradition recorded
by the author of Sejarah Melayu manuscript by using the mandate and the language influences from a
King to his heirs.

Downloads

Published

2019-03-31

How to Cite

ISMAIL , N. S. ., CHE YAACOB, M. F. ., & NOOR MUHAMMAD, S. J. . (2019). AMANAT DAN PENGARUH BAHASA DALAM PEMERINTAHAN POLITIK ISLAM. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 7(1), 118–129. https://doi.org/10.47252/teniat.v7i1.223