PERKEMBANGAN DIKIR REBANA KERCING DI KAMPUNG LAUT, TUMPAT KELANTAN, MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL

Authors

  • WAN NUR IYLEA LYANA AZHAR Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia.
  • NORAZLINDA MOHAMED ROSDI Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v10i1.820

Keywords:

Dikir Rebana Kercing, Kampung Laut, Masyarakat, Perkembangan, Seni Persembahan, Community, Evolution, Performing Art

Abstract

Abstrak

Seni persembahan merupakan aspek utama yang melambangkan identiti bagi sesebuah tempat. Dikir Rebana Kercing misalnya merupakan salah satu seni persembahan yang masih wujud di Negeri Kelantan. Masyarakat di sekitar Tumpat telah menjadikan seni persembahan ini sebagai salah satu hiburan terutamanya dalam majlis-majlis keramaian. Dikir Rebana Kercing ini telah mengalami perubahan dan perkembangan terhadap seni persembahannya bermula daripada awal kemunculan sekitar 500 tahun yang lalu sehingga ke hari ini. Penyelidikan ini akan mengupas dengan lebih mendalam mengenai perkembangan seni persembahan Dikir Rebana Kercing di Negeri Kelantan khususnya di Kampung Laut Tumpat bermula pada zaman permulaan sehingga kini. Data penyelidikan yang diperoleh adalah diambil menggunakan kaedah tinjauan awal, pemerhatian dan temubual. Tinjauan awal dilakukan untuk mengetahui isu dan permasalahan yang berkaitan dengan penyelidikan manakala kaedah pemerhatian dan temubual digunakan untuk mengetahui sejauhmana perkembangan seni persembahan Dikir Rebana Kercing. Kaedah temubual yang dijalankan adalah melibatkan 8 orang responden termasuklah beberapa tokoh Dikir Rebana Kercing serta penduduk Kampung Laut. Skop penyelidikan adalah tertumpu di sekitar Kampung Laut sahaja. Penyelidikan ini telah mendapati bahawa perkembangan Dikir Rebana Kercing adalah berdasarkan penerimaan dan pemikiran setiap masyarakat serta amalan kehidupan mereka setelah kemunculan persembahan yang menggunakan irama moden dan juga irama Barat.

Abstract

The main aspect of performing arts is to represent the identity of a place. Dikir Rebana Kercing, for example is one of the performing arts that still exist in Kelantan, Malaysia. Community in Tumpat, Kelantan has performed this performing art as part of their entertainment, especially in the social gatherings and ceremonies within their society. Dikir Rebana Kercing had went through some changes and developments starting from 500 years ago till now. Therefore, this research examines the developments of Dikir Rebana Kercing in Kelantan, focusing on Kampung Laut, Tumpat from the beginning to the present day. The research data were using a preliminary survey, observation, and interview. Preliminary surveys were conducted to investigate the issues and problems related to the research while observations and interviews were used to understand the extent of development of Dikir Rebana Kercing. The interviews involved eight respondents including several experts from Dikir Rebana Kercing as well as the residents of Kampung Laut. The findings of this research concluded the development of Dikir Rebana Kercing based on the acceptance and perceptions of the community member as well as their lifestyle practices after the emergence of performances that used modern and western rhythms.

Downloads

Published

2022-03-28

How to Cite

AZHAR, W. N. I. L. ., & MOHAMED ROSDI, N. (2022). PERKEMBANGAN DIKIR REBANA KERCING DI KAMPUNG LAUT, TUMPAT KELANTAN, MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 10(1). https://doi.org/10.47252/teniat.v10i1.820