REKA BENTUK PENILAIAN ALTERNATIF DALAM TALIAN BAGI KURSUSKURSUS MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (MOOC) BAGI UNIVERSITI AWAM (UA)

Authors

  • NUR DINI HAZRI Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
  • ANUAR MOHD YUSOF Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
  • ZUR’ AIN WARDAH RIZALIMAN Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v10i1.825

Keywords:

Massive Open Online Course, OpenLearning, Penilaian Alternatif, Alternative Assessment

Abstract

Abstrak

Pada masa kini, inovasi untuk alat bantu mengajar adalah keperluan penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat berjalan dengan lancar. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti penilaian alternatif dalam talian bagi kursus Massive Open Online Course (MOOC) di universiti awam yang berdaftar di MOOC Malaysia. Hal ini adalah untuk mengetahui penilaian dalam talian yang digunakan dalam platform OpenLearning bagi universiti awam terpilih berdasarkan daripada tiga kategori universiti di Malaysia. Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) sangat penting bagi memastikan pensyarah menyampaikan pembelajaran yang berkualiti. Oleh itu, pelajar mudah memahami proses pengajaran yang sedang berlaku. Malah, alat dalam talian ini sangat penting untuk membantu pensyarah dan pelajar dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta memupuk semangat dan meningkatkan minat pelajar untuk belajar dengan lebih tekun. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisa dokumen iaitu penyelidik memperoleh maklumat dan bahan dari laman sesawang dan internet dengan mengikuti kursus-kursus MOOC di platform OpenLearning setiap universiti. Sebanyak Sembilan (9) universiti awam terlibat dalam mendapatkan maklumat dan bahan yang berkaitan dengan penilaian alternatif yang digunakan bagi setiap kursus MOOC. Disamping itu, hasil kajian menunjukkan bahawa perlaksanaan penilaian alternatif dapat membantu pelajar memahami kursus yang dipelajari dengan baik dan boleh menjadi alternatif untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan platform dalam talian.

Abstract

Nowadays, innovation for teaching aids is an important requirement to ensure the teaching and learning (PdP) process can run smoothly. This paper aims to identify online alternative assessments for Massive Open Online Course (MOOC) courses in public university that registered in MOOC Malaysia. This study is to identify online assessments used in the Open Learning platform for selected public universities based on three categories of universities in Malaysia. Teaching and learning (PdP) methods are essential to ensure that lecturers deliver quality learning, so students are easy to understand the teaching process that is taking place. Therefore, these online tools are very important to help lecturers and students in improving the quality of teaching and learning (PdP) as well as to inculcate the spirit and enhance students' interest in learning more diligently. This study uses a qualitative approach through document analysis where the researcher obtains information and materials from the website and internet by following the MOOC courses on the OpenLearning platform of each university. A total of 9 public universities were involved in obtaining information and materials related to alternative assessment used in each MOOC course. In addition, the findings show that the implementation of alternative assessment can help students understand a well-learned course and can be an alternative to diversify teaching and learning activities using online platforms.

Downloads

Published

2022-03-28

How to Cite

HAZRI, N. D. ., MOHD YUSOF, A., & RIZALIMAN, Z. A. W. . (2022). REKA BENTUK PENILAIAN ALTERNATIF DALAM TALIAN BAGI KURSUSKURSUS MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (MOOC) BAGI UNIVERSITI AWAM (UA). International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 10(1). https://doi.org/10.47252/teniat.v10i1.825