Penentuan Benefisiari bagi Manfaat Takaful Berasaskan Konsep ?Umr? dan Ruqb?: Penelitian dari Sudut Fiqh

Authors

  • Mohd Kamil Ahmad Universiti Malaysia Kelantan

Keywords:

?Umr?, Ruqb?, Hibah Bersyarat, Takaful, Manfaat Takaful

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti kesesuaian penggunaan konsep ?umr? dan ruqb? sebagai asas kepada hibah bersyarat dalam menentukan benefisiari bagi manfaat takaful, sebagaimana yang terkandung di dalam Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islam oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Persoalan yang ditimbulkan ialah: Adakah penggunaan konsep ruqb? sebagai asas kepada hibah bersyarat adalah tepat memandangkan status manfaat takaful sebagai harta milik peserta masih lagisamar? Melalui kaedah deskriptif dan analisis teks berasaskan pendekatan fiqh perbandingan mazhab, kajian ini meneliti realiti sebenar manfaat takaful dan memperhalusi perbahasan fuqaha mengenai ?umr? dan ruqb? bagi menjelaskan kesesuaian penggunaan konsep ini sebagai asas pengurusan manfaat takaful menggunakan hibah bersyarat. Kajian ini mendapati bahawa sifat manfaat takaful yang belum wujud dan tidak mampu dimanfaatkan semasa hibah bersyarat dibuat menjadikan penggunaan ruqb? sebagai asas pertimbangan bagi hibah bersyarat ini tidak tepat. Ini berikutan, perbahasan fuqaha mengenai ?umr? dan ruqb? adalah mengenai pemindahan hak milik yang dilakukan ke atas sesuatu harta yang telah wujud dan boleh dimanfaatkan semasa akad tersebut dibuat. Begitu juga, sebahagian fuqaha yang mengharuskan
?umr? dan juga ruqb? serta menyatakan bahawa syarat yang terkandung di dalam keduanya sebagai harus, asas bagi pendapat mereka adalah; ?umr? dan ruqb? merupakan akad yang menyebabkan pemindahan hak milik ke atas manfaat sesuatu harta seperti ??riyah, dan bukannya fizikal harta tersebut, yang membawa maksud bahawa harta yang dihibahkan telah wujud dan sedia untuk dimanfaatkan.

Published

21-10-2018

Issue

Section

Articles

How to Cite

Penentuan Benefisiari bagi Manfaat Takaful Berasaskan Konsep ?Umr? dan Ruqb?: Penelitian dari Sudut Fiqh. (2018). International Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH), 1(1), 14-31. https://journal.umk.edu.my/index.php/insaniah/article/view/98