Women’s Emancipation in Malaysian Literary Novels

Authors

  • Nor Hidayah Rahin Universiti Teknologi MARA
  • Nur Nafishah Azmi Universiti Teknologi MARA

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v14i1.1548

Keywords:

Female, Male, Liberation, Narrative, Literary Work

Abstract

This academic analysis analyses the liberation of women in the novel Dia Bukan Syurga (2018). Emancipation is the entitlement to liberate a woman from subjugation by men who frequently oppress her. A woman embodies gentle qualities, politeness, and an attractive appearance. The problem statement indicates that certain scenes emphasise women's dependence on men, rendering women passive and weak. This scientific study demonstrates that women do not inherently depend on men, but rather utilise men as a complement in their lives. The examination of the female character in the novel Dia Bukan Syurga (2018) by Rissa Adhiya will be conducted through the lens of emancipation, further demonstrating that the woman is not portrayed as weak in this narrative. Qualitative methods, including textual analysis of the novel Dia Bukan Syurga (2018), are employed to examine the chapters pertinent to women's emancipation. The study's findings suggest a surge in women's advocacy for their rights, serving as a pivotal element in the discourse of emancipation. This study aims to enlighten other creative writers regarding the distinct societal roles of men and women, particularly in Malaysia.  

ABSTRAK

Kajian ilmiah ini menganalisis emansipasi wanita dalam novel Dia Bukan Syurga (2018). Emansipasi merupakan hak pembebasan seorang wanita daripada diperhambakan oleh golongan lelaki yang sering menindasnya. Wanita sering dikaitkan dengan sifat lemah lembut, sopan santun serta keindahan perwatakan. Penyataan masalah kajian ini ialah terdapat babak-babak yang menonjolkan tentang kebergantungan wanita terhadap kaum lelaki sehingga memperlihatkan wanita itu adalah bersifat pasif dan lemah. Hakikatnya, itu bukan sifat wanita sebenar, oleh yang demikian kajian ilmiah ini membuktikan bahawa wanita tidak meletakkan kebergantungan terhadap kaum lelaki tetapi hanya menggunakan kaum lelaki sebagai pelengkap dalam kehidupan mereka. Analisis watak wanita dalam novel Dia Bukan Syurga (2018) karya Rissa Adhiya akan dilihat melalui konsep emansipasi seterusnya membuktikan bahawa wanita itu tidak lemah seperti yang digambarkan dalam novel ini. Kaedah kualitatif dengan membuat pembacaan teks novel Dia Bukan Syurga (2018) dan analisis tekstual digunakan dalam menganalisis teks novel mengikut bab yang berkait dengan emansipasi wanita. Dapatan kajian memberi gambaran kepada kebangkitan wanita secara tunggal adalah untuk mempertahankan hak wanita dan boleh dijadikan sokongan untuk diketengahkan sebagai kata dasar emansipasi. Diharapkan agar kajian ini dapat membuka minda penulis kreatif yang lain bahawa lelaki dan wanita mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam masyarakat, khususnya di Malaysia.  

Downloads

Published

31-03-2026

How to Cite

Women’s Emancipation in Malaysian Literary Novels. (2026). International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 14(1), 91-106. https://doi.org/10.47252/teniat.v14i1.1548