Art Biomechanics of Joget Serampang Laut: A Motion Capture-Based Approach for Cultural Preservation

Authors

  • Mohd Firdaus Mohd Herrow Universiti Teknologi MARA
  • Nur Zaidi Azraai Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v14i1.1660

Keywords:

Art Biomechanics, Dynamic Motion, Joget Serampang Laut, Motion Capture Technology, Traditional Dance Preservation

Abstract

As traditional performance traditions are threatened by modernisation and the constraints of conventional recordkeeping, it has become more important than ever to protect intangible cultural heritage. Joget Serampang Laut, a Malay dance originating from Melaka and reflecting Islamic ideals, Adat, and Adab, is especially vulnerable to superficial depictions that fail to acknowledge its profound symbolism. This work tackles the issue by employing an innovative hybrid methodology that combines motion capture technology with art biomechanics, providing both accurate documentation and interpretative interpretation of the dance as a cultural artefact. A male and a female dancer, both fulltime students at Institut Warisan Melaka (INSWA) who trained under Adiguru Noriah Ahmad, executed a whole 216-second routine. Cortex Motion Analysis software was used to capture and evaluate movement data from eight Osprey cameras and 21 retroreflective markers. The results showed that the male dancer used big, angular gestures to show strength and leadership, while the female dancer used small, circular motions to show humility and elegance. There was also a functional split, with the lower body responsible for movement and orientation in space and the upper body responsible for transmitting meaning and emotion. Motion trajectories recreated cultural floor patterns like circles, squares, and diamonds that fit with Malay cosmology and ethics. These patterns are typically hard to see in regular film. In conclusion, the study validates that the amalgamation of motion capture and biomechanics offers an innovative framework for scholarly examination and cultural preservation, enriching pedagogy while protecting intangible heritage. 

ABSTRAK

Seiring dengan ancaman pemodenan dan keterbatasan kaedah dokumentasi konvensional terhadap tradisi persembahan tradisional, usaha untuk melindungi warisan budaya tidak ketara menjadi semakin penting. Joget Serampang Laut, sebuah tarian Melayu yang berasal dari Melaka dan berteraskan nilai islam, adat, dan adab amat terdedah kepada gambaran luaran yang cetek serta gagal mengangkat simbolisme mendalam yang terkandung di dalamnya. Kajian ini menangani isu tersebut dengan menggunakan pendekatan hibrid yang inovatif, iaitu gabungan teknologi tangkapan pergerakan (motion capture) dengan biomekanik seni, bagi menghasilkan dokumentasi yang tepat serta tafsiran interpretatif terhadap tarian ini sebagai sebuah artefak budaya. Seorang penari lelaki dan seorang penari wanita, kedua-duanya pelajar sepenuh masa di Institut Warisan Melaka (INSWA) yang mendapat latihan daripada Adiguru Noriah Ahmad, telah mempersembahkan keseluruhan rutin berdurasi 216 saat. Data pergerakan direkod dan dianalisis menggunakan lapan kamera Osprey serta 21 penanda pasif reflektif menerusi perisian Cortex Motion Analysis. Hasil kajian menunjukkan penari lelaki mempersembahkan gerakan besar dan bersudut bagi melambangkan kekuatan serta kepimpinan, manakala penari wanita memperlihatkan gerakan kecil berbentuk bulatan yang menzahirkan sifat rendah diri dan keanggunan. Turut dikenal pasti ialah pembahagian fungsi, di mana bahagian bawah badan berperanan dalam pergerakan serta orientasi ruang, manakala bahagian atas badan menyampaikan makna dan emosi. Trajektori pergerakan turut membentuk semula pola lantai budaya seperti bulatan, segi empat dan berlian yang sejajar dengan kosmologi dan etika Melayu, yang lazimnya sukar dilihat melalui rakaman video biasa. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa gabungan teknologi tangkapan pergerakan dan biomekanik menyediakan kerangka inovatif bagi penyelidikan akademik serta pemeliharaan budaya, sekali gus memperkayakan pedagogi dan melindungi warisan tidak ketara. 

Downloads

Published

31-03-2026

How to Cite

Art Biomechanics of Joget Serampang Laut: A Motion Capture-Based Approach for Cultural Preservation. (2026). International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 14(1), 126-146. https://doi.org/10.47252/teniat.v14i1.1660