The Cultural Significance of Kuih Lemper among the Javanese Community in Bagan Datuk, Perak

Authors

  • Ainul Wahida Radzuan Universiti Malaysia Kelantan
  • Muhammad Muaz Abdul Malek Universiti Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v13i2.1721

Keywords:

Cultural identity, Heritage food, Intangible cultural heritage, Javanese diaspora, Safeguarding

Abstract

ABSTRACT

This study examines the cultural significance of kuih lemper among the Javanese community in Bagan Datuk, Perak, highlighting its role as intangible cultural heritage (ICH). However, the younger generation shows declining familiarity with preparation skills, reflecting broader vulnerabilities of culinary heritage in the face of modernisation. Employing an ethnographic qualitative design, the research combined participant observation during a village wedding with in-depth interviews (n = 8) selected through purposive sampling. Thematic analysis produced five key themes: (1) social function and communal labour (rewang); (2) cultural continuity across life-cycle events; (3) ritual and symbolic meanings in feasts; (4) adaptation through local ingredients and techniques without loss of identity; and (5) safeguarding challenges, particularly weakening intergenerational transmission and market pressures. Findings reveal that kuih lemper extends beyond food practice, operating as a medium of community cohesion, cultural identity, and embodied knowledge transfer. The preparation process fosters cooperation and interdependence, while its presence in ceremonies underscores its ritual significance. This article contributes to ICH and food-heritage scholarship by foregrounding a Malaysian Javanese case that nuances debates on identity, continuity, and globalisation. Policy implications suggest strengthening community-led teaching, integrating culinary apprenticeship into local programmes, and recognising kuih lemper as part of state or national heritage initiatives.

ABSTRAK

Kajian ini meneliti kepentingan budaya kuih lemper sebagai warisan budaya tidak ketara (WBTK) dalam kalangan komuniti Jawa di Bagan Datuk, Perak. Walau bagaimanapun, generasi muda menunjukkan kemerosotan dalam penguasaan kemahiran penyediaan, mencerminkan kerentanan warisan kulinari terhadap arus modenisasi.Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif etnografi menggabungkan pemerhatian ikut serta semasa majlis perkahwinan di kampung dengan temu bual secara mendalam bersama informan (n = 8) yang dipilih melalui persampelan bertujuan. Lima tema utama diekstrak hasil daripada analisis menggunakan analisis tematik iaitu: (1) fungsi sosial dan tenaga kerja komuniti (rewang); (2) kesinambungan budaya dalam acara kitaran hidup; (3) makna ritual dan simbolik dalam kenduri; (4) adaptasi melalui penggunaan bahan serta teknik tempatan tanpa kehilangan identiti; dan (5) cabaran pemeliharaan, khususnya kelemahan dalam transmisi antara generasi serta tekanan pasaran. Dapatan menunjukkan bahawa kuih lemper melangkaui amalan makanan semata-mata, berfungsi sebagai medium perpaduan komuniti, identiti budaya, dan pemindahan pengetahuan berteraskan pengalaman. Proses penyediaannya memupuk kerjasama dan saling bergantungan, manakala kehadirannya dalam upacara menekankan kepentingan ritual. Artikel ini menyumbang kepada wacana mengenai WBTK dan warisan makanan dengan mengetengahkan kes komuniti Jawa di Malaysia yang memperhalusi perdebatan tentang identiti, kesinambungan, dan globalisasi. Dari segi implikasi dasar, kajian mencadangkan pengukuhan pengajaran berasaskan komuniti, pengintegrasian latihan kulinari dalam program setempat, serta pengiktirafan kuih lemper sebagai sebahagian daripada inisiatif warisan negeri atau kebangsaan.

Downloads

Published

30-09-2025

How to Cite

The Cultural Significance of Kuih Lemper among the Javanese Community in Bagan Datuk, Perak. (2025). International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 13(2), 156-168. https://doi.org/10.47252/teniat.v13i2.1721