Exploring Relationship Between Willingness to Communicate and Communication Apprehension in English Among Malaysian Employees: A Preliminary Study
DOI:
https://doi.org/10.47252/teniat.v14i1.1936Keywords:
Communication Apprehension, English for Occupational Purposes, Language Competence, Willingness to Communicate, Workplace English CommunicationAbstract
Proficiency in English has become increasingly critical within the Malaysian workforce, particularly in administrative and professional sectors where communication effectiveness directly impacts organizational performance. Despite widespread recognition of English as a second language in Malaysia, employees often face challenges in using it confidently in workplace settings. Two interrelated psychological constructs communication apprehension (CA) and willingness to communicate (WTC) play a pivotal role in shaping employees’ communicative behavior in English. While previous research has examined these constructs in isolation, limited empirical attention has been paid to their interrelationship within the Malaysian workplace context. This preliminary study aims to investigate the relationship between CA and WTC among Malaysian employees. Employing a quantitative research design, a total of 64 participants from various government agencies responded to a structured online survey comprising the PRCA-24 and WTC scale. Both instruments demonstrated high reliability (Cronbach’s α = 0.85). The results indicate that respondents exhibit moderate levels of CA (M = 80.31, SD = 22.57) and WTC (M = 67.32, SD = 18.94) when using English in professional settings. Inferential analyses reveal no significant differences across demographic variables such as gender, age, years of service, or educational background. Importantly, a moderate positive correlation was found between CA and WTC (r = .504, p < .01), suggesting a complex interplay where higher anxiety does not necessarily inhibit communication intent. These findings highlight the urgent need for workplace language programs that integrate both linguistic training and psychological support, enabling employees to develop both competence and confidence in English-mediated communication.
ABSTRAK
Keperluan penguasaan bahasa Inggeris menjadi keperluan yang penting dalam kalangan tenaga kerja di Malaysia, khususnya dalam sektor pentadbiran dan profesional yang memerlukan keberkesanan komunikasi demi memastikan keberhasilan organisasi. Walaupun bahasa Inggeris telah diiktiraf secara meluas sebagai bahasa kedua di Malaysia, ramai pekerja masih menghadapi kesukaran untuk menggunakan bahasa ini dengan yakin di tempat kerja. Dua konstruk psikologi yang saling berkait iaitu kebimbangan komunikasi (communication apprehension, CA) dan kesediaan untuk berkomunikasi (willingness to communicate, WTC) mempengaruhi tingkah laku komunikasi dalam bahasa Inggeris. Walaupun kedua-dua konstruk ini telah dikaji secara berasingan dalam kajian terdahulu, hubungan antara keduanya dalam konteks pekerjaan di Malaysia masih kurang mendapat perhatian. Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka hubungan antara CA dan WTC di kalangan pekerja Malaysia. Menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif, seramai 64 orang responden daripada pelbagai agensi kerajaan telah menjawab soal selidik yang mengandungi instrumen PRCA-24 dan skala WTC. Kedua-dua instrumen menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi (α Cronbach = 0.85). Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden berada pada tahap sederhana bagi kedua-dua CA (M = 80.31, SP = 22.57) dan WTC (M = 67.32, SP = 18.94) ketika menggunakan bahasa Inggeris dalam konteks profesional. Tiada perbezaan signifikan ditemui merentasi pemboleh ubah demografi seperti jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan tahap pendidikan. Hubungan korelasi positif sederhana turut ditemui antara CA dan WTC (r = .504, p < .01), yang mencerminkan interaksi yang kompleks yang mana kebimbangan tidak semestinya menghalang hasrat untuk berkomunikasi. Dapatan ini menekankan keperluan untuk merangka program latihan bahasa di tempat kerja yang bukan sahaja memfokuskan kepada aspek linguistik, tetapi juga menyokong pembangunan psikologi pekerja untuk meningkatkan keyakinan dan kecekapan komunikasi dalam bahasa Inggeris.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.



