Mengejar Makhluk Mitos–Syarikat Unicorn: Mengenalpasti Kejayaan Perniagaan Baru dalam Dunia Digital
DOI:
https://doi.org/10.17687/jeb.v12i2.1127Keywords:
Struktur Kawal Selia, Struktur Normatif, Struktur Kognitif, Prestasi Perniagaan Digital, Usahawan MudaAbstract
Sebagai usahawan muda, mendapat tempat di dalam industri yang berdaya saing boleh menjadi satu tugas yang sukar. Cabaran terbesar kepada usahawan muda adalah kekurangan sumber kewangan, kredibiliti yang lemah, dan kelemahan ekosistem keusahawanan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk memahami pengaruhi struktur kawal selia, normatif, dan kognitif terhadap prestasi perniagaan digital usahawan muda. Kajian ini adalah berdasarkan reka bentuk tinjauan keratan rentas. Teknik persampelan bertujuan digunakan bagi kajian ini dan data akhir meliputi sejumlah 213 usahawan muda yang memiliki perniagaan digital. Data dianalisis menggunakan ujian korelasi Pearson dan regresi berganda. Keputusan ujian korelasi Pearson mengesahkan hubungan yang signifikan di antara pembolehubah. Secara keseluruhan, keputusan ini kajian menunjukkan hubungan yang signifikan di antara struktur kawal selia, struktur normatif, struktur kognitif, dan prestasi perniagaan digital. Hasil dapatan menunjukkan bahawa struktur normatif merupakan pembolehubah bebas yang paling kuat dalam mempengaruhi prestasi perniagaan digital. Kajian ini menawarkan pandangan tentang strategi yang berpotensi untuk mengukuhkan ekosistem keusahawanan dalam meningkatkan kecekapan perniagaan