REBANA MANGKUK DI KAMPUNG FELDA KEMAHANG 3 TANAH MERAH KELANTAN: SATU KAJIAN ORGANOLOGI

Authors

  • MUHAMMAD NUR ASYRAAF NOORAZIDIN Jabatan Pengajian Warisan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan
  • RAJA ISKANDAR RAJA HALID Jabatan Pengajian Warisan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v11i1.1018

Abstract

Rebana mangkuk adalah salah satu seni persembahan yang unik yang terdapat di negeri Kelantan. Ia mula dipersembahkan semenjak beberapa dekad yang lalu di Felda Kemahang 3 Tanah Merah, Kelantan. Walaupun baharu jika hedak dibandingkan dengan persembahan lain seperti makyong dan wayang kulit, rebana mangkuk telah menjadi satu persembahan penting dan simbol identiti masyarakat kampung ini. Keunikan kesenian ini bukan sahaja dari aspek persembahan tetapi juga pembuatan alat muzik, iaitu rebana mangkuk itu sendiri. Berdasarkan temubual dan pemerhatian, artikel ini adalah satu kajian organologi tentang proses pembuatan rebana mangkuk yang hanya terdapat di Tanah Merah, Kelantan. Hasil kajian mendapati bahawa pembuatan rebana mangkuk, sebagai alat paluan satu muka, di bawah kategori membranofon, adalah satu proses adaptasi persekitaran yang menggunakan daya kreativiti yang tinggi. Artikel ini adalah satu dokumentasi penting di dalam pemeliharan seni persembahan rebana mangkuk untuk generasi akan datang.  

Rebana Mangkuk is a unique performing art found in Kelantan. It has been performed for the past several decades at Felda Kemahang 3 Tanah Merah, Kelantan. Although relatively new as compared to other performances such as makyong and wayang kulit, rebana mangkuk has become an important art form and a symbol of identity for this village. The uniqueness of this art is not only from the aspect of performance but also in the making of its instrument, namely the rebana mangkuk itself. Based on interviews and observations, this article is an organological study on the process of making rebana mangkuk that can only be found in Tanah Merah, Kelantan. The results of the study found that making a rebana mangkuk, as a single-faced percussion instrument, under the category of membranophone, is a process of environmental adaptation that uses a high level of creativity. This article is an important documentation in preserving the art of rebana mangkuk performance for future generations.

Downloads

Published

2023-03-31

How to Cite

NOORAZIDIN, M. N. A., & RAJA HALID, R. I. (2023). REBANA MANGKUK DI KAMPUNG FELDA KEMAHANG 3 TANAH MERAH KELANTAN: SATU KAJIAN ORGANOLOGI. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 11(1), 54–71. https://doi.org/10.47252/teniat.v11i1.1018