PEMBERDAYAAN PRODUK WARISAN : INTERAKSIONISME ANTARA JENIS PADI DALAM PANTUN DAN MASYARAKAT MELAYU

Authors

  • NORDIANA AB JABAR Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
  • DAENG HALIZA DAENG JAMAL Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
  • SITI NUR ANIS MUHAMMAD APANDI Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
  • SUDIRMAN KIFFLI Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v11i1.1030

Keywords:

Pantun, Padi, Interaksionisme, Masyarakat Melayu

Abstract

Pantun merupakan sebuah karya sastera tradisional yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat Melayu. Malah, UNESCO berpendapat bahawa pantun bukan sekadar alat komukasi sosial, tetapi kaya dengan nilai-nilai budaya dan agama yang menjadi garis panduan dalam pembentukan nilai moral masyarakat. Teguran dan pesanan yang disampaikan melalui pantun kebiasaannya menekankan tentang nasihat yang boleh membentuk keperibadian dan keakraban antara masyarakat . Kebijaksanaan dan falsafah pemikiran masyarakat Melayu dalam menghayati  unsur-unsur alam dan mengenterpretasikan dalam susunan kata yang menarik melahirkan pantun tradisi. Menerusi makalah ini, dapat ditelusuri aspek interaksionisme antara jenis-jenis padi yang terdapat dalam kumpulan pantun dengan masyarakat melayu. Manakala teori yang digunakan dalam kajian ini ialah teori ‘Semiotics of Poetry’ yang dikemukakan oleh Michael Riffaterre (1978). Bagi tujuan menjalankan kajian interaksionisme di antara jenis padi dan masyarakat Melayu, analisis dilakukan melalui koleksi pantun yang terdapat dalam teks Pantun Melayu Bingkisan Permata. Rangkap pantun yang mempunyai leksikal padi dikumpulkan dan beberapa jenis padi dikenalpasti untuk dianalisis.

 

Pantun is a culturally significant literary artifact that is of great value to the community. Poetry, according to UNESCO, is not only an instrument of social communication but also a source of cultural and religious values that serve as guidelines for forming a society's moral values. In general, the admonitions and messages conveyed by the verses emphasize the equilibrium and harmony of human relationships. Wisdom and philosophical thought of the Malay community in researching natural elements and mengenterpretasikan to produce a beautiful expression of traditional Malay poetry. This paper traces aspects of the interaction between the rice varieties in the poem and the Malay community. In addition, this study employs Michael Riffaterre's Semiotics of Poetry theory (1978). Poetry collections from the Raya gifts jewel text are analyzed to examine the relationship between the type of rice and the community. Various kinds of paddy were identified and analyzed after collecting verses containing the lexical term 'paddy.

Author Biographies

DAENG HALIZA DAENG JAMAL, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia

 

 

SITI NUR ANIS MUHAMMAD APANDI, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia

 

 

SUDIRMAN KIFFLI, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia

 

 

Downloads

Published

2023-03-31

How to Cite

AB JABAR, N., DAENG JAMAL, D. H., MUHAMMAD APANDI, S. N. A., & KIFFLI, S. (2023). PEMBERDAYAAN PRODUK WARISAN : INTERAKSIONISME ANTARA JENIS PADI DALAM PANTUN DAN MASYARAKAT MELAYU. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 11(1), 72–87. https://doi.org/10.47252/teniat.v11i1.1030