Documentation on the Importance and Preservation of Confinement Practices within the Malay Community in Bachok
DOI:
https://doi.org/10.47252/teniat.v13i1.1107Keywords:
practices, taboos, culture, health, oral tradition, society, MalayAbstract
ABSTRACT
The practice of confinement after childbirth is highly emphasised and often observed by the Malay community to maintain safety and health. However, this practice is increasingly seen as contradictory to the Muslim faith. Furthermore, the community also lacks knowledge about traditional confinement medicine and tends to favour modern medicine, which is perceived as faster and easier. The current generation is also less inclined to follow the practices of their ancestors. Therefore, studies were conducted to document the importance of confinement practices within the Bachok Malay community. This qualitative study utilised interviews, which were conducted with six (6) experienced individuals from Bachok, Kelantan. The results of the study revealed the significance of various confinement practices, such as (1) berurut, (2) bertungku, (3) berdiang dan menyalai, (4) mandi teresap, (5) barut perut atau berbengkung, (6) food and drink, (7) dressing, (8) position in abstinence, and (9) pelepas. These nine (9) confinement practices are implemented for at least forty (40) days and provide numerous benefits to the health and safety of both the mother and baby traditionally. This study has positive implications for documenting confinement practices that have primarily been passed down orally. Such practices should be made public and recorded to demonstrate that the culture and lifestyle of the previous Malay community had significant value in terms of local expertise and wisdom.
ABSTRAK
Amalan berpantang selepas bersalin merupakan amalan yang sangat dititikberatkan dan sering diamalkan oleh masyarakat Melayu untuk menjaga keselamatan dan kesihatan. Kini, amalan ini tidak lagi diamalkan kerana terdapat amalan yang bercanggah dengan akidah sebagai orang Islam. Selain itu, kurangnya pengetahuan tentang penggunaan sesuatu tumbuhan menjadikan masyarakat kini ketandusan pengetahuan terhadap pengubatan berpantang secara tradisional dan masyarakat lebih tertarik dengan ubatan moden yang lebih cepat dan mudah. Generasi sekarang juga tidak mahu mengambil tahu serta mempraktikkan segala amalan yang nenek moyang mereka yang terdahulu. Oleh itu, kajian telah dilaksanakan bagi mendokumentasikan kepentingan amalan berpantang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Bachok. Kajian berbentuk kualitatif ini telah menggunakan kaedah temu bual. Temu bual dibuat dengan mengenalpasti seramai enam (6) orang bidan yang berpengalaman di sekitar Bachok Kelantan. Hasil kajian mendapati terdapat banyak kepentingan amalan berpantang seperti (1) berurut, (2) bertungku, (3) berdiang dan menyalai, (4) mandi teresap, (5) barut perut atau berbengkung, (6) makanan dan minuman, (7) cara berpakaian, (8) kedudukan dalam pantang dan (9) pelepas. Sembilan (9) amalan berpantang ini dilaksanakan sekurang-kurangnya dalam tempoh empat puluh (40) hari dan telah memberi banyak kebaikan kepada kesihatan dan keselamatan kepada ibu dan bayi secara tradisi. Kajian ini telah memberi implikasi yang positif dari segi pendokumentasian amalan berpantang yang hanya disampaikan secara lisan. Hal ini kerana amalan sebegini harus diwar-warkan dan direkodkan supaya menjadi bukti bahawa budaya dan cara hidup masyarakat Melayu terdahulu mempunyai nilai-nilai yang tinggi dari segi kepakaran dan kearifan tempatan.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.