KITAB TIB: KAEDAH PERUBATAN MELAYU TRADISIONAL

Authors

  • SITI AISAH YUSOFF
  • HARUN DAUD

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v1i2.117

Keywords:

Manuskrip Melayu, Warisan, Kitab Tib, Perubatan, Rawatan Tradisional.

Abstract

Kajian adalah menumpukan kepada manuskrip Kitab Tib, iaitu kitab yang memperihalkan mengenai perubatan Melayu tradisional pada zaman dahulu.Kitab Tibpada kebiasaanya memperihalkan bagaimana cara atau kaedah yang ingin digunakan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit dan kebiasaanya merangkumi cara perawatan, ubatan-ubatan, doa-doa serta jampi dan mantera yang digunakan semasa proses perubatan dilakukan. Kajian ini akan meneliti kaedah perubatan Melayu tradisional yang digunakan oleh bomoh atau tabib di dalam kitab untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Pada kebiasaanya, tabib, bomoh atau pawangakan menggunakan ubat-ubatan daripada bahan yang terdapat disekeliling mereka untuk dijadikan ubat. Oleh yang demikian, dengan adanya kajian sebegini diharap akan dapat memberikan faedah dan manfaat kepada masyarakat untuk mendalami ilmu warisan masyarakat Melayu pada zaman dahulu serta dapat mengembangkan bidang perubatan Melayu tradisional ini.

 

The study focuses on the manuscript Kitab Tib, a book that describes about the traditional Malay medicine in ancient times. Kitab Tib typically describesthe methods used to cure diseases and usually covers nursing, medicine, prayers, incantations and spells used during the healing process. This study examines the traditional Malaymedicine used by the shaman or healer to cure diseases. Usually, a healer, shaman, or medicine man uses drugs made from materials found around them. Therefore, this study is expected to benefit the community in learning the heritage of the Malay community from the past as well as to expand the practice of traditional Malay medicine.

Downloads

Published

2013-12-31

How to Cite

YUSOFF, S. A., & DAUD, H. (2013). KITAB TIB: KAEDAH PERUBATAN MELAYU TRADISIONAL. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 1(2), 107–114. https://doi.org/10.47252/teniat.v1i2.117