PERANAN TAJAU DALAM HUKUM ADAT PERHUBUNGAN MASYARAKAT IBAN DI RUMAH PANJANG SARAWAK

Authors

  • FLORANCE LING Universiti Malaysia Kelantan
  • SITI AISYAH MUHAMMAD Universiti Malaysia Kelantan
  • NORDIANA AB JABAR Universiti Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v6i1.167

Keywords:

Tajau, tempayan, Iban, warisan ketara, adat

Abstract

Masyarakat Iban di Sarawak memiliki warisan peninggalan yang bernilai iaitu sejenis tempayan seramik
yang digelar tajau. Dari aspek sosio-budaya, tajau melambangkan hierarki status, kekayaan dan turut
digunakan dalam adat tradisi masyarakat Iban. Namun, peredaran zaman dan pendedahan tentang
kepercayaan dan agama sedikit sebanyak telah mempengaruhi adat penggunaan tajau dalam sosiobudaya mereka. Objektif kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti peranan tajau dan hubungkaitnya dalam
hukum adat perhubungan dalam masyarakat Iban. Kaedah kajian yang dijalankan adalah melalui kajian
lapangan di Rumah Panjang RH Malang, Pakan, Sibu Sarawak yang turut merangkumi kaedah kualitatif
seperti temubual dan kajian literatur. Hasil kajian mendapati bahawa tajau memainkan peranan penting
sebagai medium ukuran denda dalam hukum adat perhubungan masyarakat Iban di Sarawak. Di masa kini
tajau hanya sekadar menjadi bahan warisan turun-temurun dan kurang difahami oleh generasi masyarakat
Iban tentang nilai warisannya. Namun, sosio-budaya msyarakat Iban yang mengamalkan pantang larang
dan adat tradisi yang berhubungkait-rapat dengan tajau, membolehkan tajau terus disimpan sebagai
tanda hormat terhadap nilai keharmonian dan kelangsungan adat tradisi mereka.

Tajau is a legacy of the Iban community in Sarawak that remains as a socio-cultural aspect in their lives.
In socio-cultural aspect, tajau resembles the hierarchial status, wealth, and also applied in customary
law, deities and the community beliefs. However, convergence to religions and beliefs has infl uenced
the sosio-cultural element in tajau practice. This research aims to determine the tajau’s functions and
its relation to the law of relationship in Ibanese residence in long-house. The research was conducted
through fi eld work at the Iban long-house in Pakan, Sarawak; interviews, and the reviews of literature. The
fi ndings show that tajau existed as an important medium in the socio-culture as the medium of punishment
for the law of relationship of Ibanese. Nowadays, tajau has become inheritance whereby the meaning and
value are less understood by the kin. But, the deities and customs of Ibanese which are related closely
with tajau have allowed the tajau to be kept by the kin as a matter of respect to the synchronization and
endurance of their tradition.

Downloads

Published

2018-03-30

How to Cite

LING, F., MUHAMMAD, S. A. ., & AB JABAR, N. (2018). PERANAN TAJAU DALAM HUKUM ADAT PERHUBUNGAN MASYARAKAT IBAN DI RUMAH PANJANG SARAWAK. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 6(1), 1–12. https://doi.org/10.47252/teniat.v6i1.167