PEMULIHARAAN STRUKTUR KAYU BANGUNAN BERSEJARAH: MADRASAH IDRISIAH, KUALA KANGSAR, PERAK
DOI:
https://doi.org/10.47252/teniat.v6i2.188Keywords:
Pemuliharaan, Struktur Kayu, Baik Pulih, BangunanAbstract
Madrasah Idrisiah merupakan sekolah agama DiRaja yang pertama di negeri Perak, dibina pada
1917. Bangunan utama adalah struktur kayu 2 tingkat dan telah berusia hampir 100 tahun. Pada tahun 2017, melalui peruntukan Jabatan Warisan Negara Malaysia (JWN), bangunan utama Madrasah
Idrisiah telah terlibat dengan kerja-kerja pemuliharaan bangunan. Bangunan ini mengalami kecacatan struktur kayu seperti pereputan kayu disebabkan masalah kelembapan, serangan serangga,
serangan kulat dan kaedah baik pulih yang tidak sesuai. Pemuliharaan struktur kayu melibatkan baik
pulih tiang, rasuk, gelegar dan struktur bumbung. Kertas kerja ini membentangkan informasi berkaitan sifat kayu dan kesesuaian jenis kayu untuk kerja-kerja pembinaan. Bagi kajian kes Madrasah Idrisiah, dibentangkan kaedah dan tatacara kerja pemuliharaan yang melibatkan struktur kayu utama iaitu tiang dan rasuk. Kaedah pemuliharaan yang dicadangkan adalah gangguan paling minima
dan bertujuan untuk mengukuhkan struktur kayu sedia ada. Kaedah yang dicadangkan adalah berpandukan garis panduan kerja-kerja pemuliharaan bangunan bersejarah Jabatan Warisan Negara
Madrasah Idrisiah, the fi rst royal religious school in Perak and was built in 1917. The main building is a
2-storey wooden structure and nearly 100 years old. In 2017, with the allocation budget from the National
Heritage Department of Malaysia, the main building of the Madrasah Idrisiah is being in the conserving worked. The building has a wooden structure defect such as deteriorating structure due to moisture
problems, insect attack, fungal attack, and improper repair works. The conservation of timber structures
involved the repair of beams, columns, shafts and roof structures. This paper presents the methods and
procedures for conservation works of the main timber structures. The proposed conservation method is
the minimal intervention and the main aims are to strengthen the existing timber structures. The proposed
conservation methods based on historic building conservation guideline by National Heritage Department.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.