NILAI BUDAYA DALAM CERITA RAKYAT MASYARAKAT ORANG ASLI TEMIAR GUA MUSANG, KELANTAN: SATU PENGAPLIKASIAN SASTERA WARISAN

Authors

  • MOHD FAHMI BIN ISMAIL University Malaysia Kelantan
  • MOHD FIRDAUS BIN CHE YAACOB

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v6i2.194

Keywords:

nilai budaya, cerita rakyat, masyarakat orang asli temiar, teori sastera warisan

Abstract

Masyarakat Orang Asli Temiar merupakan komuniti orang yang telah lama wujud di negara kita.
Kepelbagaian nilai budaya kehidupan masyarakat menjadi lambang jati diri dan kebanggaan masyarakat
ini. Oleh sebab itu, masyarakat Orang Asli Temiar ini sememangnya kaya dengan warisan cerita
rakyat yang menjadi kebanggaan kepada masyarakat tersebut. Namun demikian, arus kepesatan,
pembangunan dan kemajuan kemodenan menyebabkan khazanah cerita rakyat ini semakin dipinggirkan
oleh masyarakat ini. Selain itu, mereka beranggapan bahawa medium lisan sebagai cerita mitos yang
bercorak dongeng dan sekadar untuk berhibur semata-mata. Menerusi kajian ini, akan membincangkan
satu objektif utama iaitu menganalisis nilai budaya dalam cerita rakyat masyarakat Orang Asli Temiar Gua
Musang, Kelantan. Hal ini, dengan sendiri mewujudkan ruang ilmiah yang menuntut kepada pengkajian
ilmiah yang khusus. Sehubungan itu, pengkaji akan menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah
kajian lapangan bagi memastikan kelancaran dalam menjalankan kajian tersebut. Selanjutnya, kajian ini
akan menerapkan Teori Sastera Warisan yang dikemukakan oleh (A. Wahab Ali, 2005) sebagai gagasan
untuk memperkukuhkan dapatan kajian ini. Hasil dapatan kajian ini berhasil menemukan antara nilai
budaya yang selama ini menjadi landasan kepada ketamadunan masyarakat Orang Asli Temiar Gua
Musang, Kelantan. Sementara itu, kemantapan elemen nilai budaya yang dihasilkan ini, dan diamalkan
dalam kehidupan seharian masyrakat ini, secara tidak lansung akan melahirkan kesan-kesan tersurat dan
tersirat kepada diri masyarakat komuniti ini. Kesimpulannya, cerita rakyat masyarakat Orang Asli Temiar
adalah manifestasi kehidupan, adat kepercayaan dan lambang jati diri masyarakat ini.

 

Temiar indigenous people are a community are comunity of people living in the jugngle, marginalized and
langging in term of modernity country. There it can not be denied that this society is actually rich in diverse
cultures, fokstales and very high philosophy of thought. However, rapid development and modernity has
led to an increase in marginalized folklore Therefore open an empty space in scientifi c research which
required a specifi c research. This study aims to fi ll the empty space by examine the folktales of Temiar
Indigenous community in Gua Musang, Kelantan. This study focused on three main objectives. First was
to show eff ect the folktales of Temiar Indigenous community in Gua Musang, Kelantan. Concomitantly, this
study used literature research and fi eld research. Furthermore, this study will apply the Sastera Warisan
theory by Theory of Conceptual Keyword introduced by Mohamad Mokhtar Hassan in 2005 as the notion
to strengthen this study. The realibility of cultural values hold by the Temiar Indigenous community and the
practicing of it in daily life infl uencing the Temiar Indigenous individually and collectively as community. As
conclusion, the folktales of Temiar Indigenous community can be said as manifestation of life, customs
and beliefs, and sign of their identity.

Downloads

Published

2018-09-30

How to Cite

BIN ISMAIL, M. F., & BIN CHE YAACOB, M. F. . (2018). NILAI BUDAYA DALAM CERITA RAKYAT MASYARAKAT ORANG ASLI TEMIAR GUA MUSANG, KELANTAN: SATU PENGAPLIKASIAN SASTERA WARISAN. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 6(2), 101–120. https://doi.org/10.47252/teniat.v6i2.194