SYMBOLIC FENG SHUI LOGO: A FENG SHUI APPROACH TO LOGO DESIGN IN THE GREATER CHINA REGION

Authors

  • SHAWHONG SER

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v7i2.199

Keywords:

Feng Shui, symbolic Feng Shui logo, logo design, culture and design

Abstract

Seni kuno Feng Shui mempunyai pelbagai tafsiran dan aplikasi pada zaman kontemporari. Dari Feng Shui untuk rumah, ruang awam sehingga Feng Shui untuk perniagaan, semuanya tertumpu untuk menghasilkan tenaga positif atau 'Qi' dan untuk menggalakkan sudut baik dalam semua aspek kehidupan. Dalam konteks kontemporari, khususnya dalam dunia perniagaan di wilayah besar China, Feng Shui digunakan untuk menggalakkan aliran yang baik di tempat kerja demi mengukuhkan kesejahteraan pekerja, juga untuk menggalakkan lebih banyak kejayaan dalam perniagaan. Walaupun aplikasi Feng Shui untuk perniagaan adalah yang paling terkenal, masih terdapat bidang yang melibatkan penggunaan Feng Shui, iaitu dalam reka bentuk logo perniagaan. Dari perspektif Feng Shui, logo perniagaan dengan ‘Qi’ yang tepat sangat penting untuk kejayaan dalam perniagaan. Mengenai reka bentuk logo Feng Shui, terdapat panduan utama seperti pemilihan warna, susunan bentuk dan perkaitan simbolik gambar yang didasari oleh prinsip-prinsip penting Feng Shui. Oleh itu, untuk menggabungkan elemen Feng Shui ke dalam reka bentuk logo merupakan sesuatu yang kompleks dan berperingkat. Dalam kajian ini, untuk menjawab minat ilmiah terhadap logo Feng Shui dalam perniagaan, pengkaji telah berusaha untuk menunjukkan beberapa aspek penting dari penerapan Feng Shui dalam logo perniagaan, iaitu "Logo Simbolik Feng Shui", dan akan membincangkan bagaimana konsep Feng Shui mempengaruhi dan mencerminkan reka bentuk dan nilai estetika logo Feng Shui di wilayah Besar China. Diharapkan kajian ini dapat memberikan pemahaman mengenai aplikasi kontemporari Feng Shui dalam dunia perniagaan, terutamanya pada logo perniagaan Feng Shui.

 

The ancient art of Feng Shui has diverse interpretation and applications in the contemporary times, from Feng Shui for homes, Feng Shui for public spaces to Feng Shui for business, all focused on generating positive energy or ‘Qi' and promote the betterment in all aspects of life. In a contemporary context, particularly for the business world in Greater China region, Feng Shui is applied for good flow in the workspace in order to strengthen the well being of the co-workers, as well as to draw more business success. While these are the most well-known applications of Feng Shui for Business, there is another area where Feng Shui is highly involved, which is in the design of the business logo. From a Feng Shui perspective, auspicious business logo with right ‘Qi” is essential for business success. When it comes to Feng Shui logo design, there are major guidelines such as the selection of colors, an arrangement of shapes and images symbolic association that are based on important Feng Shui principles. Therefore, to integrate Feng Shui elements into a logo design can be a complex and lengthy subject. In this paper, to response on the research scholarly interest in Feng Shui for business logo, the researcher has made an attempt to point out some important aspects of Feng Shui’s application in business logo, which known as “Symbolic Feng Shui Logo”, and discuss how the concept of Feng Shui influence and reflect the design and aesthetic of Feng Shui logo design in the Greater China region. It is hoped that this paper will provide insights into an understanding of contemporary Feng Shui application in the business world, particularly on the Feng Shui business logo.

Downloads

Published

2019-09-30

How to Cite

SER, S. . (2019). SYMBOLIC FENG SHUI LOGO: A FENG SHUI APPROACH TO LOGO DESIGN IN THE GREATER CHINA REGION. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 7(2), 16–36. https://doi.org/10.47252/teniat.v7i2.199