LUKISAN SEBAGAI KAEDAH PENILAIAN PERKEMBANGAN PERSEPTUAL DAN ANALITIKAL KANAK-KANAK

Authors

  • NADYA A. KAMAL

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v7i2.200

Keywords:

lukisan kanak-kanak, perkembangan perseptual, perkembangan analitikal

Abstract

Persediaan kanak-kanak pra-sekolah dalam lingkungan 2 hingga 6 tahun untuk menjalani pengalaman dunia sebenar amat kritikal. Sebelum memulakan persekolahan arus perdana, kanak-kanak ini sebenarnya memperlihatkan kesediaan serta perkembangan fizikal dan intelek mereka dalam pelbagai ekspresi yang boleh diukur, seperti lukisan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti karektor lukisan kanak-kanak mengikut 4 fasa penting dalam Teori Perkembangan Artistik Lowenfeld iaitu Scribbling, Pre-Schematic, Schematic dan Realistic. 50 kanak-kanak di Bachok, Kelantan telah mengambil bahagian dalam ujian melukis berstruktur, dan lukisan mereka seterusnya dibandingkan dengan pencapaian perkembangan perseptual dan analitikal, khususnya dari segi kebolehan kanak-kanak dalam pemerhatian, menganalisa, memahami dan menzahirkan. Hasil kajian ini dijangka dapat menghubungkan perkaitan antara aktiviti artistik dengan pencapaian-pencapaian penting dalam perkembangan kamak-kanak.

 

Children under the age of 2 to 6 years old have a critical time preparing themselves to comprehend the world around them. Before they start their formal education in the primary school, these children actually state their physical and intellectual development in many forms of assessable expression, including drawing. The objective of this study is to identify the drawing characteristics of 2 to 6 years old children to specific phases of Lowenfeld Artistic Development namely Scribbling, Pre-Schematic, Schematic and Realism. 50 children in Bachok, Kelantan were gathered to participate a structured drawing test, and the results were compared to analytical and perceptual ability especially in observation, analysing, understanding and expressing. The finding may be useful to bridge artistic activities with critical achievements of children’s development.

Downloads

Published

2019-09-30

How to Cite

KAMAL, N. A. (2019). LUKISAN SEBAGAI KAEDAH PENILAIAN PERKEMBANGAN PERSEPTUAL DAN ANALITIKAL KANAK-KANAK. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 7(2), 37–48. https://doi.org/10.47252/teniat.v7i2.200