PERLINDUNGAN SENI PERSEMBAHAN TRADISIONAL MAK YONG: EVOLUSI PENDOKUMENTASIAN MAKLUMAT WARISAN DI INSTITUSI WARISAN NEGARA (IWN)

Authors

  • MAZLINA PATI KHAN UITM SHAH ALAM
  • ANDIKA ABDUL AZIZ University Malaysia Kelantan
  • KHAIRUL AZHAR MAT DAUD University Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v6i2.203

Keywords:

Pengurusan Maklumat Warisan, Mak yong, Pendokumentasian, Koleksi Warisan Tidak Ketara

Abstract

Seni persembahan Mak Yong merupakan satu-satunya objek warisan tidak ketara negara yang mendapat
pengiktirafan dunia daripada UNESCO sebagai Karya Agung Warisan Tidak Ketara pada September
2005. Warisan tidak ketara ini terdedah dengan ancaman kepupusan terhadap perubahan zaman dan
ditambah dengan kekurangan sokongan, penghargaan dan kesedaran di kalangan masyarakat kini.
Bagi memperkukuhkan dan memupuk penghayatan yang utuh kepada budaya warisan, pelbagai usaha
diambil untuk melindungi warisan dengan memelihara dan mendokumentasikan produk warisan ketara
atau tidak ketara seperti tapak warisan, monumen, artifak, tradisi lisan, nilai adat dan nilai budaya. Secara
keseluruhan, tujuan utama artikel ini adalah untuk mengenalpasti perlindungan yang dilaksanakan oleh
kerajaan dalam memartabatkan warisan Mak Yong dan menghuraikan evolusi pendokumentasian seni
persembahan Mak Yong agensi yang terlibat. Hasil daripada penyelidikan ini, kajian mendapati bahawa
maklumat warisan ini masih lagi tidak lengkap dan terdapat beberapa aspek maklumat penting yang
masih tidak didokumenkan untuk rujukan generasi akan datang.

United Nations Educational, Scientifi c, and Cultural Organization (UNESCO) has recognized Mak Yong’s
Theater Performing Art as a Masterpiece of Oral and Intangible Cultural Heritage (ICH) of Humanity by
September 2005. This intangible legacy is exposed to the threat of extinction over the changing times
and coupled with the lack of support, appreciation, and recognition in among society now. In order to
strengthen and nurture intact behavior in heritage culture, various eff orts are necessitated to protect the
heritage by preserving and documenting tangible or intangible heritage products such as heritage sites,
monuments, artifacts, oral traditions, custom values and cultural values. Overall, the main purpose of
this article is to discover the protection initiated by the government in upholding Mak Yong’s legacy and
elaborating on the evolution of the Mak Yong presentation artworks involved. As a result of this research,
investigations have determined that this legacy information is still fragmentary and there are some
important aspects of valuable information that are still undocumented for future generation’s references

Downloads

Published

2018-09-30

How to Cite

PATI KHAN, M. ., ABDUL AZIZ, A. ., & MAT DAUD , K. A. . (2018). PERLINDUNGAN SENI PERSEMBAHAN TRADISIONAL MAK YONG: EVOLUSI PENDOKUMENTASIAN MAKLUMAT WARISAN DI INSTITUSI WARISAN NEGARA (IWN). International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 6(2), 199–215. https://doi.org/10.47252/teniat.v6i2.203