INOVASI PENGHASILAN PATUNG WAYANG KULIT KELANTAN BERASASKAN POKOK KENAF: SATU KAJIAN KES

Authors

  • SHARULNIZAM RAMLI Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • MOHD ASWAWI ISA Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Shaipuddin Muhammad Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Md Ariff Ariffin

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v7i1.218

Keywords:

inovasi, kreativiti, kenaf, patung wayang kulit

Abstract

Kajian kes ini bertujuan bagi memperkenalkan suatu bahan berasaskan pokok tumbuhan yang belum
pernah digunakan sebelum ini bagi menghasilkan patung wayang kulit Kelantan. Menerusi proses kreatif
yang berlaku, kenaf atau nama saintifknya Hisbiscus Canabis telah digunakan dan seterusnya diproses
bermula daripada sejumlah debu pokok kenaf yang digaul dengan air sehinggalah kepada proses akhir
iaitu menghasilkan patung wayang kulit Kelantan. Ia merupakan patung wayang kulit yang berasaskan
pokok kenaf yang pertama di Malaysia. Pemerhatian dan temubual tidak berstruktur merupakan antara
instrumen utama dalam kajian ini selain daripada pengkaji sendiri sebagai instrumen dengan membina
‘rapoot’ bersama penggiat seni ini ketika berada di lapangan kajian. Proses penghasilan patung wayang
kulit yang berlaku sangat penting dalam analisis kepada dapatan kajian ini. Lima unsur penting telah
dikenalpasti sebagai pencetus kepada inovasi ini. Penghasilan patung wayang kulit Kelantan berasaskan
kenaf tidak bermakna dapatan kajian ini telah menolak penggunaan kulit binatang secara total. Ia
merupakan satu alternatif atau pilihan berbeza selain daripada menghasilkan patung wayang kulit
berasaskan kulit binatang. Pembaharuan ini dilihat berupaya mengekalkan populariti seni teater warisan
bangsa ini agar kekal relevan dan tidak dipinggirkan oleh golongan muda.

Research on this case study aimed at introducing a plant-based plant that has not been used previously
to produce Kelantan puppets. Through its creative process, kenaf or its scientific name Hibiscus Cannabis
has been used and subsequently processed from the amount of kenaf tree dust mixed with water to
the final method of producing Kelantan puppets. It is a wayang kulit puppet based on the first kenaf
tree in Malaysia. An instrument of observations and unstructured interviews were used in this research
aside from the researchers as an actor in building rapport with the art enthusiasts during fieldwork. The
process of producing wayang kulit puppet is very important in the analysis of the findings of this study.
Five important elements have been identified which triggered this innovation process. The production
of Kelantan puppets based on kenaf provides an alternative to the making Wayang Kulit puppet. These
reforms help to maintain the popularity of the heritage of art theatre to remain relevant and not marginalized
by the young

Downloads

Published

2019-03-31

How to Cite

RAMLI, S. ., ISA, M. A., Muhammad, S., & Ariffin, M. A. (2019). INOVASI PENGHASILAN PATUNG WAYANG KULIT KELANTAN BERASASKAN POKOK KENAF: SATU KAJIAN KES. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 7(1), 61–85. https://doi.org/10.47252/teniat.v7i1.218