MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID HIPERAKTIF BAGI NOMBOR SATU HINGGA SEMBILAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH MAINAN ULAT BELUNCAS

Authors

  • FATHULLAH HADI BIN HATTA ANAND IPG KOTA BHARU
  • NORIZAN BINTI ISMAIL IPG KOTA BHARU

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v7i1.221

Keywords:

Kemahiran nombor asas satu hingga sembilan, daya tumpuan, ulat beluncas

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran nombor asas satu hingga sembilan
dan meningkatkan daya tumpuan melalui penggunaan kaedah mainan Ulat Beluncas dalam kalangan
murid Pendidikan Khas terutamanya ADHD dan ADD ataupun Hiperaktif. Kajian ini melibatkan seorang
sahaja murid Pendidikan Khas masalah pembelajaran yang berada di kelas Program Pendidikan Khas
Integrasi Masalah Pembelajaran di salah sebuah sekolah di daerah Pasir Mas, Kelantan. Objektif kajian
ini ialah meningkatkan penguasaan nombor asas satu hingga sembilan dengan menggunakan kaedah
permainan Ulat Beluncas dan meningkatkan tumpuan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
melalui kaedah permainan Ulat Beluncas. Pengkaji telah menggunakan analisis dokumen, pemerhatian
dan temu bual sebagai instrumen kajian dalam pengumpulan data. Kesemua dapatan kajian dianalisis
dan diperihalkan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan positif terhadap
pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran nombor asas dengan menggunakan bahan bantu
mengajar Ulat Beluncas. Pada masa yang sama, dapatan kajian turut menunjukkan perubahan yang
positif terhadap daya tumpuan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan
Ulat Beluncas. Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan bagi semua pihak dalam membantu
murid pendidikan khas yang mengalami masalah dalam penguasaan nombor asas satu hingga sembilan.

This study aims to increase the numerical ability of one to nine basic skills and increase focus through
the use of Caterpillar Toy method among Special Education students especially ADHD and ADD or
Hyiperactive. This study involves one student of the Special Education problem of learning that is
in the classroom of the Special Education Integration Learning Problem class at one of the schools
in the district of Pasir Mas, Kelantan. The objective of this study is to increase the numeracy of one
to nine by using the Caterpillar game method and to increase the focus of the pupils in the teaching
and learning activities through the caterpillar game method. Researchers used document analysis,
observation and interview as a research instrument in data collection. All findings were analyzed
and descriptively described. The findings show that there has been a positive increase in student
achievement in mastering basic numeracy using the teaching materials of Caterpillar. At the same time,
the findings also showed a positive change in student’s motivation in teaching and learning activities
through the use of the Caterpillar. The results of this study are expected to be a reference for all parties
in assisting special education students experiencing problems in mastering one to nine basic numbers.

Downloads

Published

2019-03-31

How to Cite

BIN HATTA ANAND, F. H. ., & BINTI ISMAIL, N. . (2019). MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID HIPERAKTIF BAGI NOMBOR SATU HINGGA SEMBILAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH MAINAN ULAT BELUNCAS. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 7(1), 104–116. https://doi.org/10.47252/teniat.v7i1.221