POTENSI MAKERSPACE DALAM MENGHUBUNGKAN JURANG PENGETAHUAN PELAJAR REKABENTUK PERINDUSTRIAN BERALIRAN SENI DENGAN BIDANG PENGHASILAN PROTOTAIP ELEKTRONIK

Authors

  • AZMUL FADHLI KAMARUZAMAN Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • AHMAD RASDAN BIN ISMAIL Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • KHAIRUL AZHAR MAT DAUD Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Abstract

Tidak seperti dahulu, di mana ekspresi pereka terhadap bentuk diberi keutamaan, dengan skop
rekabentuk yang semakin hari semakin meluas, tidak dapat dinafikan bahawa Kurikulum rekabentuk
perindustrian berasaskan seni di institusi pengajian tinggi hari ini menuntut pengetahuan pelajar dalam
bidang prototaip elektronik selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Nama dan idea Gerakan
Pembuat dapat dikesan bermula sekitar tahun 2005 dengan munculnya majalah Make dan Maker Faire
yang pertama pada tahun 2006. Akan tetapi kegiatan awalnya adalah hanya bagi penggemar hobi
dan kraf seperti kerja kayu, jahitan, dan elektronik. Gerakan ini diperkuatkan lagi seterusnya melalui
perkembangan teknologi menerusi alat-alat fabrikasi digital, papan fabrikasi litar kawalan mikro dan
rangkaian atas talian yang memudahkan ahlinya untuk berkongsi, mengkritik, dan membandingkan ideaidea, reka bentuk, dan informasi projek. Gerakan pembuat (maker movement) telah mencuri perhatian
orang awam dan akhbar dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Hasil dari gerakan ini wujud pula termaterma seperti makerspaces, fablab, tinkerspace dan sebagainya walaupun ianya membawa maksud yang
sama .Gerakan ini tidak berdiri dengan sendirinya tanpa bantuan dua elemen utama gerakan ini iaitu
perkembangan teknologi mesin pencetak 3D dan platform prototaip elektronik sumber terbuka. Wujudnya
makerspace adalah kesan dari gerakan tersebut. Antara platfom prototaip elektronik sumber terbuka
yang digunakan secara meluas adalah platform Arduino yang membuka dimensi baru dalam bidang
prototaip elektronik.Tujuan utama artikel ini adalah untuk membincangkan serta menghuraikan potensi
makerspace terhadap pembelajaran pelajar rekabentuk perindustrian beraliran seni dalam menambah
nilai ilmu pengetahuan dalam pembangunan prototaip elektronik berserta integrasi bersama rekabentuk
fizikal dalam merekabentuk sesuatu produk dan seterusnya mendekatkan jurang ilmu aliran ini yang sudah
terpisah sekian lama dengan bidang prototaip elektronik yang merupakan keperluan utama dewasa ini.

Downloads

Published

2019-03-31

How to Cite

KAMARUZAMAN, A. F. ., BIN ISMAIL, A. R., & MAT DAUD , K. A. . (2019). POTENSI MAKERSPACE DALAM MENGHUBUNGKAN JURANG PENGETAHUAN PELAJAR REKABENTUK PERINDUSTRIAN BERALIRAN SENI DENGAN BIDANG PENGHASILAN PROTOTAIP ELEKTRONIK. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 7(1), 117–128. Retrieved from http://journal.umk.edu.my/index.php/teniat/article/view/222