Penerapan Nilai-Nilai Keusahawanan Dalam Pembelajaran Berasaskan Studio di Universiti Malaysia Kelantan

Authors

  • Khairul Azhar Mat Daud UMK
  • Ahmad Rasdan Ismail
  • Ahamad Tarmizi Azizan
  • Mohamad Syukran Kamal Ruzzaman

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v2i1.226

Keywords:

Pembelajaran, Studio, Fasilitator, Keusahawanan, Kemahiran Insaniah

Abstract

Abstrak
Pembelajaran berasaskan studio merupakan pendekatan pembelajaran yang menekankan kepada
pencapaian hasil kerja pelajar. Pembelajaran ini adalah berorientasikan kepada pelajar. Pelajar akan
diberi peluang untuk merancang dan seterusnya membangunkan projek yang dirancang. Perlaksanaan
projek akan dipantau oleh pensyarah yang bertindak sebagai fasilitator. Bagi memperkasakan lagi
konsep pembelajaran berasaskan studio ini, maka unsur-unsur kemahiran insaniah perlu dipertingkatkan.
Melalui kaedah pembelajaran di abad ke 21 ini, ciri-ciri keusahawanan seperti kemahiran berkomunikasi,
kemahiran merancang, kemahiran bekerja dalam kumpulan serta sifat-sifat keusahawanan seperti cekal,
rajin, kuat bekerja, amanah, kuat berusaha dan sebagainya perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar.
Melalui gabungan antara ciri-ciri kemahiran insaniah dan ciri-ciri keusahawanan ini, maka satu kaedah
pembelajaran berasaskan studio dan berorientasikan pelajar telah dilaksanakan. Berdasarkan kepada
kajian yang dijalankan, adalah didapati bahawa kaedah pembelajaran berasaskan usahawan ini telah
berupaya meningkatkan tahap kemahiran insaniah pelajar serta memotivasikan pelajar.

Abstract
Studio-based learning (SBL) is a learning approach that emphasizes on the achievement of students'
works. SBL is student-oriented. Students will be given the opportunity to plan and develop the project. The
project implementation will be monitored by the lecturer acting as a facilitator. To enhance studio-based
learning concept, the elements of soft skills need to be enhanced. Aligned with the 21st century learning,
entrepreneurial traits such as communication, planning and teamwork skills as well as entrepreneurial
attributes such as perseverance, dilligent, trustworthy, and hardworking should be instilled in every
student. Through a combination of the characteristics of soft skills and entrepreneurial, then a studiobased learning method and student-oriented have been implemented. Based on the study, it was found
that the method of entrepreneur-based learning (EBL) has been able to raise the level of students' soft
skills and motivate students.

Downloads

Published

2014-06-30

How to Cite

Mat Daud, K. A., Ismail, A. R., Azizan, A. T., & Kamal Ruzzaman, M. S. . (2014). Penerapan Nilai-Nilai Keusahawanan Dalam Pembelajaran Berasaskan Studio di Universiti Malaysia Kelantan . International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 2(1), 14–27. https://doi.org/10.47252/teniat.v2i1.226