KUMPULAN MAKYUNG SRI GABUS DAN BUNGA EMAS SERI TEMENGGUNG: SATU KAJIAN ESTETIKA TARI

Authors

  • NURDHIYA SYAHIRAH Universiti Malaysia Kelantan
  • RAJA ISKANDAR RAJA HALID University Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v8i1.282

Keywords:

Makyung, Nilai Estetika, Gerak Tari, Gaya Persembahan, Wiraga

Abstract

Kumpulan Sri Gabus dan Bunga Emas Seri Temenggung merupakan dua buah kumpulan Makyung yang terkenal di Kelantan. Kumpulan Sri Gabus berasal dari Kampung Gabus, Pasir Mas, manakala Bunga Emas Seri Temenggung kini bertapak di Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia. Boleh dikatakan bahawa Kumpulan Sri Gabus berfungsi di luar bandar dan Bunga Emas Seri Temenggung pula di kawasan bandar. Kedua-dua kumpulan ini mempunyai sejarah perkembangan dan gaya persembahan yang tersendiri. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti persamaan dan perbezaan dari segi gerak tari Makyung dan nilai estetika yang terdapat daripada intepretasi guru tari kedua kumpulan. Analisis kajian ini berdasarkan Wiraga, yang merupakan salah satu prinsip estetika tari yang digunapakai di Indonesia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan lapangan yang melibatkan kaedah pemerhatian turut serta dan temubual. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa persamaan dan perbezaan yang ketara di antara kumpulan luar bandar dan kumpulan bandar ini dari aspek gerak dan nilai estetika yang terdapat daripada setiap tarian Makyung.

 

The Sri Gabus and Bunga Emas Seri Temenggung groups are two well-known Makyung groups in Kelantan. Sri Gabus Group is from Kampung Gabus, Pasir Mas, while Bunga Emas Seri Temenggung is currently based at the Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia. It can be said that the Sri Gabus Group works in the rural areas and Bunga Emas Seri Temenggung in the urban areas. Both groups have their own developmental history and presentation styles. The objective of this study is to identify similarities and differences in terms of Makyung dance movements and the aesthetic value of the two dance teachers' interpretation. The analysis of this study is based on Wiraga, which is one of the principles of dance aesthetics applied in Indonesia. This research uses the qualitative research method, namely library and field studies that involve participatory observation and interviews. The results show that there are some similarities and differences between the rural and urban groups in terms of movement and the aesthetic value of each Makyung dance

Downloads

Published

2020-03-31

How to Cite

SYAHIRAH, N. ., & RAJA HALID, R. I. (2020). KUMPULAN MAKYUNG SRI GABUS DAN BUNGA EMAS SERI TEMENGGUNG: SATU KAJIAN ESTETIKA TARI. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 8(1), 15–40. https://doi.org/10.47252/teniat.v8i1.282