PERBANDINGAN TAMAN TRADISIONAL ISLAMIK, BARAT DAN MODEN

Authors

  • FAZLENA ABD. RAHIM Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia
  • MOHD YAZID MOHD YUNUS Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia
  • MOHAMED MOHAMED TOLBA SAID Kuliyyah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v8i2.293

Keywords:

barat, taman Islamik, tradisional, Malaysia, moden

Abstract

Kajian ini membincangkan perbezaan prinsip, konsep dan reka bentuk taman Islamik dan barat dari era tradisional hingga moden. Kurangnya rujukan mengenai prinsip taman Islamik di Malaysia telah menyebabkan kurangnya kefahaman terhadap reka bentuk taman Islamik yang sebenar yang mempunyai kualiti fungsi dan nilai estetik. Kajian ini bertujuan untuk memperbaiki kualiti taman awam di Malaysia berdasarkan prinsip taman Islamik yang mesra pengguna dan menampilkan imej budaya setempat dalam konteks bandar moden. Selain itu, bagi membuktikan bahawa taman barat diadaptasi daripada tamadun Islam. Objektif kajian ini adalah meneroka prinsip, konsep dan ciri taman Islamik yang dinyatakan di dalam Al Quran, hadis, sejarah taman tradisional Islamik dan barat serta model taman Islamik moden. Kaedah kualitatif yang melibatkan penerokaan teori telah digunakan untuk membina rumusan. Hasil kajian menunjukkan integrasi prinsip taman Islamik dengan persekitaran iklim tempatan, teknologi moden dan menampilkan imej budaya setempat menyumbang dalam penghasilan taman yang lebih berfungsi, mesra pengguna, unik, mempunyai identiti tersendiri dan bernilai estetik. Dapatan kajian ini memberi kefahaman maksud, konsep dan tujuan aplikasi reka bentuk taman Islamik moden yang boleh diterapkan untuk membentuk ruang awam yang berjaya dan lebih menarik dalam konteks tempatan di Malaysia.

 

This study discusses the differences of the principles, concepts and designs of Islamic and western gardens from the era of history to modernity. The lack of Islamic garden principles references in Malaysia has led to a lack of understanding of the design of an authenticity of Islamic park, which has a quality of function and aesthetic value. This study aims to improve the quality of public parks in Malaysia based on the Islamic garden principles, which is user friendly and feature the local cultural images in the context of modern cities. Besides, to prove that western gardens are adapted from Islamic civilization. The objective of this study is to identify the principles, concept and characteristics of the Islamic garden as stated in the Quran, hadith, the history of the Islamic and western traditional gardens and models of Islamic and western gardens in modern era. Qualitative methods involving theoretical exploration have been used to build conclusions. The results show that the integration of Islamic garden principles with the local climate, modern technologies and featuring local cultural images contributes to the production of a more functional, user-friendly, unique, have its own identity and aesthetic value. The findings of this study provide an understanding of the meaning, concept and purpose of the modern Islamic garden design application that can be applied to create a successful and more attractive public space in the local context of Malaysia.

Downloads

Published

2020-09-30

How to Cite

ABD. RAHIM, F. ., MOHD YUNUS, M. Y., & SAID, M. M. T. . (2020). PERBANDINGAN TAMAN TRADISIONAL ISLAMIK, BARAT DAN MODEN. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 8(2), 1–21. https://doi.org/10.47252/teniat.v8i2.293