PERSEPSI, KEFAHAMAN DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP KOSWER MULTIMEDIA BAGI TOPIK JADUAL BERKALA: SUATU TINJAUAN

Authors

  • MOHD ERFY ISMAIL Universiti Tun Hussein onn
  • HASYAMUDDIN OTHMAN Universiti Tun Hussein onn
  • REYANHEALME ROHANAI Universiti Tun Hussein onn
  • SUHAIZAL HASHIM Universiti Tun Hussein onn
  • NORLIZA BAHAROM Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia, SIRIM Berhad

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v8i2.294

Keywords:

Jadual Berkala, Kefahaman, Koswer Multimedia, Persepsi, Sikap

Abstract

Penggunaan koswer multimedia dalam pembelajaran diperkenalkan sebagai salah satu pendekatan dalam usaha meningkatkan pencapaian para pelajar dalam matapelajaran Kimia ke arah pembelajaran abad ke-21. Koswer multimedia sering digunakan oleh pelajar sebagai medium pembelajaran. Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengenalpasti persepsi, kefahaman dan sikap pelajar terhadap koswer multimedia agar dapat membantu pelajar meningkatkan kefahaman mereka dalam pembelajaran kimia topik Jadual Berkala. Populasi kajian melibatkan 185 pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di daerah Batu Pahat. Kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan bertujuan melibatkan pelajar Tingkatan 4 yang mengambil matapelajaran Kimia dan ianya melibatkan seramai 32 orang pelajar. Instrumen yang digunakan berbentuk borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Data dikumpul dan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0. Berdasarkan analisis yang diperoleh, nilai kebolehpercayaan instrumen adalah 0.90 yang menunjukkan bahawa kebolehpercayaan instrumen berada pada tahap tinggi. Hasil kajian pula mendapati bahawa penggunaan koswer multimedia dapat meningkatkan persepsi pelajar (min = 3.46), kefahaman (min = 3.42) dan sikap pelajar (min = 3.40) terhadap pembelajaran kimia. Selain itu, dapatan menunjukkan bahawa penggunaan koswer multimedia ini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran kimia. Manfaat daripada koswer multimedia ini diharapkan dapat memberi impak dalam peningkatan kemampuan pola berfikir pelajarpelajar dalam pembelajaran kimia khususnya topik Jadual Berkala.

 

The use of multimedia courseware in learning was introduced as one of an approach to improve the achievement of students in Chemistry subject prior to 21st century learning. Multimedia software is often used by students as learning medium. This study is a survey to identify students' perceptions, understanding and attitude towards multimedia software to help students improve their understanding of chemistry learning on the topic of the Periodic Table. The population of the study involved 185 form four students in a school from Batu Pahat district. The sampling method used is purposive sampling involving Form 4 students taking Chemistry subjects and it involves a total of 32 students. The instrument used is a questionnaire to obtain information. Data collected and analyzed descriptively using Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 20.0. Based on the analysis, the reliability value of the instrument is 0.90 and it shows that the reliability of the instrument is at a high level. The findings of the study found that the use of multimedia software was able to increase student perception (mean = 3.46), understanding (mean = 3.42) and students’ attitude (mean = 3.40) on chemistry learning. Furthermore, the findings show that the use of this multimedia software helps students to improve their performance and achievement of students in chemistry learning. The benefits of this multimedia software are expected to have an impact on improving students' thinking patterns in Chemistry learning particularly on the topic of the Periodic Table.

Downloads

Published

2020-09-30

How to Cite

ISMAIL, M. E. ., OTHMAN, H. ., ROHANAI, R. ., HASHIM, S. ., & BAHAROM, N. . (2020). PERSEPSI, KEFAHAMAN DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP KOSWER MULTIMEDIA BAGI TOPIK JADUAL BERKALA: SUATU TINJAUAN. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 8(2), 22–34. https://doi.org/10.47252/teniat.v8i2.294