INTERPRETASI RESEPSI SASTERA MENERUSI LIRIK LAGU TOLONG INGATKAN AKU

Authors

  • MOHD FARADI MOHAMED GHAZALI Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin Malaysia, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan
  • NORDIANA AB. JABAR Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v8i2.295

Keywords:

Anugerah Juara Lagu 25, Juara Lagu, Lirik Lagu, Tolong Ingatkan Aku, Teori Resepsi

Abstract

Lirik lagu merupakan salah satu manifestasi sastera yang mencerminkan ketinggian nilai budaya masyarakat pendukungnya. Lirik dan irama lagu semestinya nusa yang berpisah tiada dan menjadi hiburan dalam kehidupan manusia. Menerusi lirik lagu ia bukan hanya sekadar mengulit halwa telinga dan memberi hiburan semata-mata, malah dalam seni kata lagu juga terkandung dengan nilai, moral dan pengajaran yang mampu memberi didikan dalam membentuk keperibadian seseorang. Kepelbagaian genre dan bait lagu yang terhasil menunjukkan variasi kebudayaan daripada pengkarya yang menunjukkan kreadiliti keunggulan dalam sesuatu penciptaan karya. Kajian ini dilaksanakan sebagai merungkai persoalan tentang peranan lirik lagu terpilih dalam mengembleng unsur positif terhadap masyarakat pendengar. Selain itu, kajian ini juga meneliti bait-bait lirik lagu Tolong Ingatkan Aku, yang dihasil dan dinyanyikan oleh Ana Raffali sehingga diangkat mempunyai nilai komersial kerana telah dijulang sebagai juara lagu dalam Anugerah Juara Lagu Ke-25. Kaedah kajian ini dijalankan secara kualitatif atau kepustakaan melalui penelitian bahan seperti artikel, buku, majalah dan tesis. Teori resepsi dijadikan sebagai sandaran untuk meneliti dan merungkaikan setiap bait lirik lagu ini yang merangkumi aspek gaya bahasa, teknik penulisan, unsur kesamaran, bauran kiasan dan perlambangan atau semiotik bagi membuktikan falsafah gaya penyampaian pengkarya. Hasil kajian mendapati lagu Tolong Ingatkan Aku merupakan sebuah karya berbentuk lagu puisi yang terhasil dalam penyampaian implisit sebagai memberi pesanan, sindiran halus dan nasihat terhadap kehidupan manusia agar tidak alpa tatkala berada di kemuncak kegemilangan.

 

The lyrics of the song are one of the literary manifestations that reflect the high cultural values of its supporters. The lyrics and the rhythm of the song should not be separated tomb and become an entertainment in human life. Through the lyrics of the song it is not just about listening to the ears and providing entertainment, but also in the art of the word, the song also contains the values, morals and teachings that can provide education in shaping one's personality. The variety of genres and bytes of the resulting song reflects the cultural variation of the work that exemplifies the mastery of excellence in the creation of a work. This study was conducted to address the question of the role of selected song lyrics in shaping positive elements in the listening community. In addition, this study also examines the lyrics of the song Tolong Ingatkan Aku, which was produced and sung by Ana Raffali until it was commercially recognized for being nominated for a song of the year in the 25th Anugerah Juara Lagu. This research method is conducted qualitatively or literature review through the study of materials such as articles, books, magazines and theses. The reception theory was used as a guideline to examine and interpret every verse of the lyrics of this song, which included aspects of language style, writing techniques, ambiguity, metaphorical and symbolic or semiotic elements to prove the artist's delivery style philosophy. The result of the study found the song Tolong Ingatkan Aku is a work of poetic form that results in implicit delivery as giving orders, delicate satire and advice to human life to avoid the harp while at its peak.

Downloads

Published

2020-09-30

How to Cite

MOHAMED GHAZALI, M. F. ., & AB. JABAR, N. . (2020). INTERPRETASI RESEPSI SASTERA MENERUSI LIRIK LAGU TOLONG INGATKAN AKU. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 8(2), 35–53. https://doi.org/10.47252/teniat.v8i2.295