PEMULIHARAAN TERHADAP STRUKTUR BANGUNAN ISTANA JAHAR SEBAGAI BANGUNAN WARISAN DI KELANTAN: SATU TINJAUAN AWAL

Authors

  • NUR NASIHA MUHAMAD HASANI Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan
  • SHAHARIAH NORAIN SHAHARUDDIN Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v8i2.298

Keywords:

Struktur Bangunan, Bangunan Warisan, Istana Jahar, Pendekatan Pemuliharaan

Abstract

Makalah ini mengkaji tentang kajian pendekatan pemuliharaan terhadap struktur bangunan Istana Jahar sebagai bangunan warisan di Kelantan yang dikategorikan sebagai warisan ketara. Bangunan Istana Jahar kini dikenali sebagai Muzium Adat Istiadat. Ianya telah diiktiraf sebagai bangunan warisan pada tahun 2012 oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) selain merupakan salah satu tempat destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan utama para pelancong yang datang ke Kelantan. Tambahan lagi, istana warisan tersebut kaya dengan senibina warisan lama, dibina oleh orang pakar, mempunyai tradisi selain pernah dijadikan sebagai tempat bersemayam dan pusat pentadbiran pada awal pembinaanya. Namun begitu, seperti mana bangunan warisan lain yang dibina dengan menggunakan kayu sepenuhnya berisiko tinggi dari mengalami kerosakan dan kecacatan dari beberapa faktor terutamanya bencana alam. Pada tahun 2004 dan 2014, negeri Kelantan telah mengalami banjir besar di Kota Bharu dan telah menjejaskan bangunan warisan Istana Jahar kerana ditenggelami banjir dan telah menyebabkan berlaku kerosakan pada beberapa struktur bangunan. Justeru, kajian ini menekankan tentang pendekatan pemuliharaan yang digunakan bagi mencegah dan membaikpulih bangunan warisan dari berlaku kerosakan dan usang selain mengekalkan nilai keasliannya. Selain itu, kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen, pemerhatian dan temubual separa berstruktur terhadap bangunan warisan Istana Jahar dalam mengkaji pendekatan pemuliharaan yang digunakan. Maka, pendekatan pemuliharaan yang betul diharapkan dapat mengekalkan bangunan Istana Jahar sebagai bangunan warisan yang sentiasa dilindungi dan menjadi tempat pelancongan kepada masyarakat selain dapat meningkatkan ekonomi dalam industri pelancongan di Kelantan.

 

This paper describes a study of the conservation approach Jahar Palace building as a heritage building in Kelantan and categorized as significant heritage. The Jahar Palace Building, now known as the Royal Tradition and Customs Museum, that was recognized as a heritage building in 2012 from the National Heritage Department (JWN) and is one of the main tourism destinations for tourists coming to Kelantan. In addition, the Jahar Palace rich in ancient heritage architecture which was built by tradisional arts and craft experts, also has been used as a residence and administrative center in the early days of its construction. However, just like any other heritage building whereby the architecture was built from wood that prone to high risk of damage and defects due to several factors, especially natural disasters. In 2004 and 2014, the state of Kelantan suffered heavy floods in Kota Bharu that causes the Jahar Palace flooded and damage to structures. Therefore, this study emphasizes how conservation approaches are used to prevent and restore the heritage buildings from damage and obsolescence while preserving their original and aesthethic value. In addition, this study used document analysis methods, observation and semi-structured interviews on obtaining the Jahar Palace as heritage buildings for the pilot data collection. Thus, significant conservation approach is needed and vital to maintain the Jahar Palace as a protected heritage building as well as boost the economy of the tourism industry in Kelantan.

Downloads

Published

2020-09-30

How to Cite

MUHAMAD HASANI, N. N., & SHAHARUDDIN, S. N. . (2020). PEMULIHARAAN TERHADAP STRUKTUR BANGUNAN ISTANA JAHAR SEBAGAI BANGUNAN WARISAN DI KELANTAN: SATU TINJAUAN AWAL. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 8(2), 74–85. https://doi.org/10.47252/teniat.v8i2.298