KESINAMBUNGAN KOMUNITI: ADAKAH GLOBALISASI MEMPENGARUHI KEKENTALAN BUDAYA DI KAMPUNG LAUT?

Authors

  • AZLI ABDULLAH Fakulti Senibina dan Ekistik, Universiti Malaysia Kelantan
  • JULAIHI WAHID Fakulti Arkitek dan Alam Bina, Universiti Malaysia Sarawak
  • RIZAL KHAIRUDDIN Fakulti Senibina dan Ekistik, Universiti Malaysia Kelantan
  • ISMI IBRAHIM Fakulti Senibina dan Ekistik, Universiti Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v8i2.300

Keywords:

budaya, globalisasi, penempatan manusia, tradisi

Abstract

Komuniti desa mempunyai karekteristik yang unik. Ianya amat berlainan jika dibandingkan dengan kehidupan di bandar. Kesan dari Revolusi Perindustrian, kehidupan desa juga mengalami perubahannya. Arus globalisasi yang melanda seluruh masyarakat dunia menjadikan elemen budaya dan komuniti tradisi semakin rapuh. Dalam masa sama, kesedaran mengenai alam bina komuniti tradisi terhadap aspek seni bina yang wujud dalam kehidupan masyarakat tradisi amat berkurangan terutamanya bagi para arkitek dan perancang. Kajian terhadap impak globalisasi yang wujud terhadap penempatan tradisi juga sering dilupakan. Dalam masa yang sama, kesan globalisasi yang memberi ancaman terhadap kebudayaan yang wujud sekian lama akan menghakis kekentalan budaya. Satu analisis visual terhadap penempatan tradisi di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan telah dijalankan untuk mengkaji aspek budaya yang masih wujud dan kesan globalisasi terhadap komuniti. Perbahasan teori yang digunakan akan menjelaskan hubungan budaya dan alam bina komuniti dalam menghadapi dunia globalisasi.

 

The traditional community has its own unique characteristics. It is vastly different in comparison to city life. Before the Industrial Revolution, village life was also gradually changing. The current stream of globalization that has engulfed the entire world has made the cultural and community lost its traditional elements. Thus, the awareness of the traditional community's architectural values inherently in the life of the traditional community is greatly diminished, specifically for architects and planners. Studies on the impact of globalization on traditional settlements are often overlooked. Hence, the effects of globalization that threatens existing cultures will erode and subsequently eradicate cultural resilience. A visual analysis of traditional settlements in Kampung Laut, Tumpat, Kelantan was conducted to study aspects of the existing culture and to further analyze as to how much of an impact does globalization have on the community. The theory used will explain the cultural and built-environment relationships of communities in the face of globalization.

Downloads

Published

2020-09-30

How to Cite

ABDULLAH , A., WAHID, J. ., KHAIRUDDIN, R. ., & IBRAHIM, I. . (2020). KESINAMBUNGAN KOMUNITI: ADAKAH GLOBALISASI MEMPENGARUHI KEKENTALAN BUDAYA DI KAMPUNG LAUT?. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 8(2), 98–108. https://doi.org/10.47252/teniat.v8i2.300