PENGOPTIMUNAN ANALISIS BIOMEKANIK TERHADAP PEMAIN BOLA SEPAK MENGGUNAKAN KAEDAH TINDAK BALAS PERMUKAAN

Authors

  • MOHD FIRDAUS MAHAMAD ALI Faculty of Creative Technology and Heritage, Universiti Malaysia Kelantan
  • AHMAD RASDAN ISMAIL Faculty of Creative Technology and Heritage, Universiti Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v4i2.342

Keywords:

Biomekanik, Tendangan, Bola Sepak, Teknik, Pengoptimuman

Abstract

Bola sepak merupakan suatu permainan yang digemari di seluruh dunia dan sukan ini merupakan sukan
nombor satu di dunia begitu juga di Malaysia. Walaupun bola sepak di negara kita menuju era profesional,
prestasinya adalah di tahap rendah dan tidak dapat dibanggakan. Setelah dikaji, pemain bola sepak
negara masih lemah dari segi teknik tendangan. Teknik tendangan yang berkualiti dalam permainan bola
sepak merupakan aspek terpenting dalam menghasilkan jaringan dan juga hantaran. Teknik tendangan
kekura kaki merupakan teknik tendangan yang kerap kali digunakan dalam sukan bola sepak bagi tujuan
hantaran pendek dan tepat serta ketika melakukan jaringan. Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan nilai
pengoptimuman bagi arah sudut larian dan jarak kaki sokongan daripada bola serta tekanan dalaman bola
terhadap halaju sudut pada bahagian kaki yang menendang. Seramai enam orang subjek menggunakan
kaki dominan kanan dan bebas daripada sebarang kecederaan dari pelbagai kategori telah dipilih sebagai
subjek dalam kajian ini. Pengumpulan data dilakukan dengan mengambil gambar video 3 dimensi yang
difokuskan pada bahagian bawah badan iaitu dari paras pinggang ke buku lali. Untuk tujuan ini, penanda
akan dilekatkan pada bahagian bawah badan sebelum tendangan dilakukan oleh subjek. Analisis data
telah dilakukan dengan menggunakan perisian 3 Dimensi Qualisys Track Manager. Bagi analisis statistik,
perisian Minitab dengan menggunakan kaedah tindak balas permukaan melalui rekabentuk Box-Behnken
telah digunakan. Hasil daripada kajian ini, didapati pengotimuman bagi ketiga-tiga parameter iaitu arah
sudut larian adalah sebanyak 53.6º, jarak kaki sokongan sebanyak 8.84sm dan tekanan bola sebanyak
0.9bar dengan halaju sudut lutut sebanyak 779.27 darjah/saat telah terhasil. Persamaan model matematik
bagi pengaruh setiap faktor tendangan terhadap halaju sudut pada bahagian kaki yang menendang telah
ditentukan.

Downloads

Published

2016-12-31

How to Cite

MAHAMAD ALI, M. F. ., & ISMAIL, A. R. . (2016). PENGOPTIMUNAN ANALISIS BIOMEKANIK TERHADAP PEMAIN BOLA SEPAK MENGGUNAKAN KAEDAH TINDAK BALAS PERMUKAAN. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 4(2), 33–50. https://doi.org/10.47252/teniat.v4i2.342