WARISAN SEJARAH ISTANA TENGKU LONG, BESUT, TERENGGANU : DAYA PENARIK DAN PERSEPSI MASYARAKAT DALAM USAHA MEMARTABATKANNYA

Authors

  • NUR AZUKI BIN YUSUFF Fakulti Pengajian Bahasa Dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v4i2.346

Keywords:

warisan sejarah, daya penarik, pengetahuan, persepsi, menarik minat

Abstract

Istana Tengku Long di perkampungan diraja kesultanan melayu lama, Besut merupakan peninggalan
sejarah yang bernilai. Usaha memartabatkannya perlu diamati melibatkan perincian daya penarik kepada
generasi baru, tahap kesedaran masyarakat dan bagaimana usaha menarik minat masyarakat. Melalui
dokumentasi, rujukan sistematik dan wawancara, daya penariknya lebih tertumpu kepada bahan warisan,
aset pelancongan dan bahan pendidikan, selain lokasi yang strategik. Satu kajian rintis menggunakan
instrumen soal selidik ke atas 30 orang responden secara rawak telah dijalankan untuk mengukur tahap
pengetahuan dan persepsi masyarakat terhadap Istana Tengku Long, Terengganu. Hasil dapatan kajian
mendapati 88 peratus responden mengetahui tentang sejarah istana ini dan menyokong penuh segala
usaha pemeliharaan dan perlindungan ke atasnya. Hal ini mungkin didokong oleh faktor tahap pendidikan
dan pekerjaan. Namun begitu, hasil dapatan kajian ini pastinya memberi impak yang lebih ketara jika
disusuli dengan usaha oleh pihak pembuat dasar mahupun perseorangan mengangkat martabat warisan
sejarah ini ke tahap lebih tinggi dengan menerbitkan atau memperihalkan semula kisah dan sejarah sebenar Istana Tengku Long, sekaligus menarik minat masyarakat lebih mencintai warisan sejarah Malaysia.

Downloads

Published

2016-12-31

How to Cite

YUSUFF, N. A. B. . (2016). WARISAN SEJARAH ISTANA TENGKU LONG, BESUT, TERENGGANU : DAYA PENARIK DAN PERSEPSI MASYARAKAT DALAM USAHA MEMARTABATKANNYA. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 4(2), 97–118. https://doi.org/10.47252/teniat.v4i2.346