KAJIAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGGUNAAN SABUT KELAPA, HABUK KAYU DAN SEKAM PADI SEBAGAI MEDIUM PENANAMAN BAGI TANAMAN JANGKA PENDEK
DOI:
https://doi.org/10.47252/teniat.v4i2.350Keywords:
Medium penanaman, (sabut kelapa, sekam padi, habuk kayu, Tanaman sawiAbstract
Di zaman yang moden ini, aktiviti pertanian di kawasan bandar adalah semakin berkurangan. Ini adalah
kerana kekurangan tanah untuk bercucuk tanam. Oleh yang demikian satu kajian telah dilakukan untuk
mengkaji keberkesanan penggunaan medium penanaman baru berasaskan sabut kelapa, habuk kayu dan
sekam padi terhadap tanaman sayuran jangka pendek seperti sawi. Medium penanaman ini dikaji untuk
mempelbagaikan lagi medium penanaman selain daripada penggunaan tanah untuk kerja penanaman
tanaman sayuran jangka pendek seperti sawi. Kajian ini dibuat untuk melihat perbandingan di antara
segi ketinggian pokok, kelebaran daun dan panjang daun bagi pokok sawi dengan menggunakan medium
penanaman baru iaitu sabut kelapa, habuk kayu dan sekam padi untuk menggantikan tanah. Rekabentuk
kajian yang digunakan dalam kajian ini merangkumi penyedian medium penanaman iaitu sabut kelapa
(cocopeat), sekam padi dan habuk kayu, penyemaian biji benih, pemindahan anak semaian ke bekas
kajian (pasu bunga plastik), pengairan, pembajaan dan pemerhatian terhadap tumbesaran tanaman. Hasil
bagi ketiga-tiga medium penanaman sabut kelapa (cocopeat) adalah 17.8 cm, sekam padi adalah 17.2 cm
dan habuk kayu adalah 16.8 cm. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa sabut kelapa merupakan medium
penanaman yang paling sesuai untuk menggantikan tanah bagi penanaman sayuran sawi. Medium
penanaman ini mempunyai banyak kelebihan iaitu tiada pencemaran, bahan yang digunakan dapat dikitar
semula, lebih murah dan mudah diperolehi.