LEMBA’ (PELAMIN): SEBAGAI OBJEK BUDAYA DALAM ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT IRANUN DI SABAH

Authors

  • HUMIN JUSILIN

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v1i1.74

Abstract

Pelamin perkahwinan atau lemba’ dalam masyarakat Iranun di Sabah, Malaysia menampilkan rekabentuk yang tersendiri dalam adat persandingan perkahwinan. Penonjolan objek budaya (artifak) dan kerencaman warisan adat menjadi identiti masyarakat ini. Secara tradisional reka bentuk pelamin dalam perkahwinan menggabungkan unsur-unsur material seperti pahar, tepak sireh, barang kemas (tembaga), dulang, tempat duduk, tempat tidur, perhiasan diri, sepak manggis dan pelbagai alatan lain. Selain itu, artifak yang menghiasi seluruh ruang pelamin adalah termasuk pelbagai jenis kain rentang atau tabir (ulap-ulap), hiasan, kelambu, bantal, payung, tikar dan lainlain yang turut memberi pengertian tentang khazanah budaya Iranun. Selain itu, unsur warna yang diperagakan pada pelamin perkahwinan Iranun mencerminkan lambang identiti dan status kedudukan sosial dalam masyarakat.

 

Wedding dais or lemba’ in Sabah Iranun community features a distinctive design in the wedding customs of marriage. The special highlights are cultural objects (artifacts) and the composition of the identity of the custom heritage community. Traditionally, the design of the wedding dais combines the elements like pahar material, slap betel, jewelry (copper), trays, seats, bedding, jewelery, sepak manggis and other tools. In addition, the artifacts that decorate the entire space of the dais is composed of various types of banners or scenes (ulapulap), furnishings, curtains, cushions, umbrellas, mats and other tools. The elements of color displayed on the Iranun wedding dais reflect the identity and status symbol of social standing.

Downloads

Published

2013-06-30

How to Cite

JUSILIN, H. . (2013). LEMBA’ (PELAMIN): SEBAGAI OBJEK BUDAYA DALAM ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT IRANUN DI SABAH. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 1(1), 112–128. https://doi.org/10.47252/teniat.v1i1.74