PELAKSANAAN KERJA PENYELENGGARAAN RUMAH KEDAI LAMA DALAM ZON WARISAN DI KOTA BHARU KELANTAN, MALAYSIA

Authors

  • FARRAH ATIKAH SAARI Faculty of Creative Technology and Heritage, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
  • MOHAMMAD RUSDI MOHD NASIR Faculty of Architecture and Ekistics, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
  • WAN SAIFUL NIZAM WAN MOHAMAD Fakulti Senibina dan Ekistik, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
  • NASIRIN BIN ABDILLAH Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
  • SITI NUR ANIS BINTI MUHAMMAD APANDI Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v9i2.746

Keywords:

Bangunan, Pengurusan, Penyelenggaraan, Rumah Kedai, Sistem, Building, Management, Maintenance, Shop House, System

Abstract

Abstrak

Bangunan rumah kedai lama merupakan aset yang memaparkan sejarah identiti pembentukan sesebuah negeri dan ia seharusnya dikekalkan untuk generasi baru. Namun kini, kebanyakan rumah kedai lama sedang diancam kepupusan kerana tiadanya proses penyelenggaraan yang baik. Bagi mengekalkan
kelangsungan hayat bangunan rumah kedai lama, penyelenggaraan terhadap keadaan dan fungsi bangunan perlu dilaksanakan dengan penyediaan sistem pengurusan penyelenggaraan yang sistematik. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis penyelenggaraan yang telah
dilaksanakan ke atas bangunan rumah kedai lama. Selain itu, kesan dan cadangan bagi kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan juga turut dikaji. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat proses
penyelenggaraan yang dilaksanakan terhadap struktur dinding, siling, lantai, cat dan fasad. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan juga memberi impak yang positif terhadap nilai warisan. Saranan untuk menetapkan polisi khusus bagi penyelenggaraan bangunan warisan serta penglibatan semua pihak
yang berkepentingan dalam usaha untuk melestarikan bangunan rumah kedai lama turut dikemukakan. Sebagai kesimpulan, hasil kajian ini telah menggariskan beberapa cadangan yang boleh dijadikan panduan oleh pihak berkuasa tempatan dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan mengikut
kaedah pemeliharaan yang lebih baik agar nilai warisan terus terjaga.

 

Abstract


Old shop house building is an asset that displays the history of the identity of the formation of a state and it should be preserved for the new generation. But now, most old shop houses are threatened with extinction due to lack of good maintenance process. To maintain the longevity of old shop house building, maintenance of the condition and function of the building must be implemented with the provision of a systematic maintenance management system. Accordingly, the objective of this study is to find out the types of maintenance that have been implemented on the old shop house building. In
addition, the effects of and recommendations for maintenance work carried out are also considered. This qualitative study uses observation and interview methods. Based on the findings, the study shows that there is a maintenance process that has been carried out on the structure of walls, ceilings, floors, paints
and facades. The undertaken maintenance works also indicate a positive impact on heritage value. This study also proposes that a specific maintenance policy be adopted for the heritage buildings and effective involvement of all parties be encouraged in the effort of preserving the old shop house building.
In conclusion, this study has provided some recommendations for local authorities to consider in undertaking the maintenance works so that proper conservation methods can be practiced and heritage values can be maintained.

Downloads

Published

2021-09-29

How to Cite

SAARI, F. A. ., MOHD NASIR, M. R. ., WAN MOHAMAD, W. S. N. ., BIN ABDILLAH, N. ., & BINTI MUHAMMAD APANDI, S. N. A. . (2021). PELAKSANAAN KERJA PENYELENGGARAAN RUMAH KEDAI LAMA DALAM ZON WARISAN DI KOTA BHARU KELANTAN, MALAYSIA. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 9(2), 1–14. https://doi.org/10.47252/teniat.v9i2.746